HUBUNGAN ANTARA TEKANAN KERJA DAN PRESTASI KERJA GURU
Abstract
Peranan guru boleh dikatakan paling penting dalam kumpulan profesional untuk negara kita di masa depan. Jadi ianya menjadi sangat penting untuk mengenalpasti faktor-faktor yang mempengaruhi prestasi kerja guru disebabkan oleh peningkatan kepentingan peranan guru yang berprestasi serta berkualiti pada masa kini. Oleh yang demikian, kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti hubungan antara tekanan kerja dan preastasi kerja guru.Populasi untuk kajian ini adalah terdiri daripada guru-guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dalam sektor pendidikan di wilayah utara Semenanjung Malaysia.Kajian ini memfokuskan populasi guru di negeri Kedah dan Perlis. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah soal selidik bagi memperolehi data. Berdasarkan kaedah tinjauan, diikuti dengan kaedah persampelan kelompok dan rawak mudah, sebanyak 500 soal selidik telah diedarkan kepada responden yang dipilih secara rawak. Daripada 500 borang soal selidik yang telah diedarkan, sejumlah 421 soal selidik dikembalikan mewakili kadar respons 84.2 peratus. Walau bagaimanapun, hanya 406 borang soal selidik yang dikenalpasti boleh digunakan.Manakala proses untuk menganalisis data pula menggunakan Statistical Packages for Social Science (SPSS) Version 24. Hasil keputusan analisis mendapati bahawa tekanan kerja mempunyai hubungan positif yang signifikan dengan prestasi kerja guru. Dapatan kajian bermanfaat kepada implikasi teoritikal dan praktikal. Kefahaman kepada dapatan kajian membolehkan Kementerian Pendidikan Malaysia merangka serta melaksanakan program pembangunan kendiri guru-guru yang lebih berkesan. Beberapa cadangan untuk kajian seterusnya juga turut dikemukakan.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Aini Wizana Ismail, Shahrizal Badlisha, & Kamal Ab Hamid. (2024). HUBUNGAN ANTARA TEKANAN KERJA DAN PRESTASI KERJA GURU. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(42). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3340
Issue
Section
Articles