TAHAP PENGUASAAN KEFAHAMAN BAHASA MELAYU RESPONDEN PERANAKAN PAKISTAN: PENGARUH MINAT, SIKAP, MOTIVASI DAN PERSEKITARAN

Authors

  • Mohammad Syawal Narawi School of Education, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Mardzelah Makhsin School of Education, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Nor Hasimah Ismail School of Education, Universiti Utara Malaysia, Malaysia

Abstract

Pengajaran bahasa Melayu yang bermutu dan berkesan amat penting dalam menjamin penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu dalam konteks pendidikan. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi penguasaan bahasa Melayu sebagai bahasa kedua. Ini kerana dalam pembelajaran bahasa, responden sering menghadapi masalah untuk memahami sesuatu perkara yang diterangkan oleh guru dalam bahasa yang dipelajari sebagai bahasa kedua. Menyedari akan hakikat tersebut, maka satu kajian dilakukan tentang penguasaan kefahaman bahasa Melayu sebagai bahasa kedua responden. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti tentang pengaruh minat, sikap, motivasi dan persekitaran terhadap penguasaan kefahaman bahasa Melayu responden. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan kualitatif yang melibatkan 6 orang responden peranakan Pakistan di sebuah sekolah menengah di bahagian Bintulu, Sarawak. Antara kaedah yang digunakan ialah menggunakan borang soal selidik, pemerhatian dan semakan dokumentasi. Dapatan kajian memperlihatkan faktor efektif seperti minat, sikap, motivasi, dan faktor persekitaran berkait rapat dalam mempengaruhi tahap penguasaan kefahaman bahasa Melayu responden.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mohammad Syawal Narawi, Mardzelah Makhsin, & Nor Hasimah Ismail. (2024). TAHAP PENGUASAAN KEFAHAMAN BAHASA MELAYU RESPONDEN PERANAKAN PAKISTAN: PENGARUH MINAT, SIKAP, MOTIVASI DAN PERSEKITARAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(42). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3342