KEBERKESANAN SIGNIFIKAN KEYAKINAN DAN KEPROAKTIFAN KENDIRI GURU BAHASA MELAYU TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL DALAM PENGAJARAN KARANGAN FAKTA

Authors

  • Adenan Ayob Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim

Abstract

Pendigitalan bahan dalam pendidikan ialah platform sofistikated yang semakin giat digunakan guru Bahasa Melayu di dalam bilik darjah. Pendigitalan ini semakin digemari guru, dan banyak kajian berkaitannya dibuat. Selaras dengan perkembangan penyelidikan tersebut, kajian ini telah dilaksana untuk mengkaji keberkesanan signifikan keyakinan dan keproaktifan kendiri guru Bahasa Melayu terhadap penggunaan bahan digital dalam pengajaran karangan fakta. Kajian berkisar kepada pendapat guru dengan berdasarkan dimensi keyakinan dan keproaktifan kendiri. Kaedah tinjauan menerusi reka bentuk kajian kuantitatif dengan berpandukan soal selidik diguna dalam penyelidikan ini. Sampel kajian adalah terdiri daripada 30 orang guru Bahasa Melayu bagi sekolah-sekolah menengah di dalam daerah Shah Alam, Selangor. Data kajian telah dianalisis secara deskriptif, iaitu min dan sisihan piawai. Data inferens pula adalah daripada Ujian-t Satu Sampel untuk menguji keberkesanan min setiap dimensi. Hasil kajian ini menunjukkan terdapat perbezaan min yang signifikan bagi kedua-dua dimensi. Bagi dimensi keyakinan kendiri, t = 37.1, manakala dimensi keproaktifan kendiri, t = 49.6. Kedua-dua dimensi telah ditetapkan aras signifikan < 0.05 (df = 29). Implikasi daripada kajian ini menunjukkan bahawa keyakinan dan keproaktifan kendiri adalah penting diukur pada guru supaya penggunaan bahan digital menjadi norma baharu yang aktif dalam konteks mekanis pengajaran karangan fakta pada abad ke-21 ini. Dicadang supaya guru diberikan pendedahan yang luas tentang penggunaan bahan digital di dalam bilik darjah. Tujuannya supaya rangsangan guru Bahasa Melayu meningkat dalam konteks penggunaan bahan yang berasaskan TMK

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Adenan Ayob. (2024). KEBERKESANAN SIGNIFIKAN KEYAKINAN DAN KEPROAKTIFAN KENDIRI GURU BAHASA MELAYU TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN DIGITAL DALAM PENGAJARAN KARANGAN FAKTA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(44). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3377