KEPERLUAN MODUL PEMBELAJARAN SOSIAL DAN EMOSIONAL: SATU ANALISIS LITERATUR SISTEMATIK

Authors

  • Mahathir Muhammad Universiti Sains Malaysia
  • Aznan Che Ahmad Universiti Sains Malaysia

Abstract

Pembelajaran sosial dan emosi dalam dunia pendidikan adalah sangat penting dalam pembangunan modal insan. Seseorang yang dilengkapi dengan kemahiran sosial emosional yang tinggi mampu mengurus cabaran hidup seharian, membina hubungan positif dan juga berkeupayaan membuat keputusan yang rasional. Justeru itu, kemahiran-kemahiran ini boleh dipelajari di sekolah sedari awal peringkat prasekolah sehinggalah ke peringkat universiti. Bagi mencapai hasrat pembelajaran sosial dan emosional di sekolah maka suatu modul pengajaran dan pembelajaran amat diperlukan. Oleh hal yang demikian, kajian ini bertujuan meninjau dan menilai keperluan modul tersebut berdasarkan perspektif guru dan penggunaan modul sedia ada seperti modul PATHS dan Second Step. Sumber pencarian artikel yang diperoleh adalah secara atas talian daripada pengkalan data Google Scholar, Elsevier, MyCite, dan ERIC manakala data yang terkumpul dianalisis secara tematik. Dapatan kajian mendapati modul pembelajaran sosial dan emosi amat diperlukan dari segi peningkatan kompetensi sosial dan emosi murid, peningkatan akademik, perubahan tingkah laku bermasalah, dan sumber rujukan pengajaran. Kajian lanjutan yang boleh dijalankan bagi analisis literatur sistematik ini adalah dengan memberi tumpuan terhadap kaedah kualitatif, responden kajian boleh diperluaskan kepada pentadbir sekolah dan ibu bapa, dan modul-modul selain yang dinyatakan dalam kajian ini.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mahathir Muhammad, & Aznan Che Ahmad. (2024). KEPERLUAN MODUL PEMBELAJARAN SOSIAL DAN EMOSIONAL: SATU ANALISIS LITERATUR SISTEMATIK. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(44). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3380