KEMAHIRAN MENULIS JAWAPAN PETIKAN SASTERA KBAT MENGGUNAKAN KAEDAH LATIH TUBI SOALAN BERULANG MURID MENENGAH ATAS DI MAAHAD KAWALAN

Authors

  • Mohd Shafie Mohamad Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia
  • Rozita Radhiah Said Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia
  • Azhar Md. Sabil Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia
  • Mohd Mursyid Arshad Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia

Abstract

Kertas soalan bahasa Melayu terbahagi kepada dua iaitu kertas 1 dan kertas 2 di mana kedua-dua kertas ini memerlukan jawapan ditulis dalam bentuk esei. Bahagian petikan sastera merupakan bahagian soalan yang wajib dijawab oleh murid dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang memperuntukan 13 markah untuk 4 soalan dan dua daripadanya ialah soalan berbentuk KBAT. Tujuan kajian ini dijalankan untuk melatih kemahiran murid menulis jawapan KBAT menggunakan kaedah latih tubi soalan berulang bahagian petikan sastera untuk murid menengah atas. Selain itu, Membandingkan jawapan murid dalam empat bahagian soalan petikan sastera kertas bahasa Melayu dua (1103/2) sebelum dan selepas ujian pasca latih tubi (Soalan Berulang) digunakan. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif berbentuk kajian kes (Analisis Dokumen). Proses pengumpulan data menggunakan ujian pra dan ujian pasca untuk 5 tingkatan di Maahad Kawalan. Kajian mendapati markah ujian pra daripada 10 orang murid yang diambil secara rawak daripada 5 tingkatan, 3 daripada mereka berada pada tahap lemah dan 7 orang murid berada pada tahap sederhana. Walau bagaimanapun setelah 6 sesi latih tubi diadakan pengkaji mendapati prestasi murid dalam ujian pasca meningkat di mana 2 orang murid berada pada tahap sederhana dan 8 orang murid mencapai tahap baik dalam penguasaan kemahiran menulis soalan petikan sastera. Hal ini membuktikan bahawa murid yang dilatih dengan kaedah latih tubi soalan berulang dapat menguasai penulisan jawapan kerana pengaruh perbincangan jawapan yang menekankan kata kunci dalam setiap soalan. Dalam pada itu, guru masih perlu mendedahkan murid dengan pengggunaan tanda baca dan pengunaan penanda wacana yang tepat dalam setiap bahagian jawapan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mohd Shafie Mohamad, Rozita Radhiah Said, Azhar Md. Sabil, & Mohd Mursyid Arshad. (2024). KEMAHIRAN MENULIS JAWAPAN PETIKAN SASTERA KBAT MENGGUNAKAN KAEDAH LATIH TUBI SOALAN BERULANG MURID MENENGAH ATAS DI MAAHAD KAWALAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(44). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3383