KEBERKESANAN MODUL TERAPI RASIONAL EMOTIF TINGKAH LAKU (REBT) KEPADA KEMURUNGAN REMAJA DELINKUEN DI SEKOLAH TUNAS BAKTI
Abstract
Bilangan remaja yang mengalami masalah kemurungan adalah lebih tinggi dalam kalangan remaja delinkuen. Kemurungan berkait dengan tingkah laku negatif dan salah laku moral yang boleh membahayakan diri dan masyarakat. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti keberkesanan terapi rasional emotif tingkah laku atau REBT (Rational Emotive Behavioural Therapy) dalam mengatasi masalah kemurungan remaja delinkuen. Kajian ini melibatkan 100 orang remaja berusia antara 15 hingga 20 tahun yang ditahan di bawah sistem keadilan juvenil di Sekolah Tunas Bakti (STB), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kesemua responden dipilih menggunakan persampelan rawak mudah dan dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu: Kumpulan rawatan (n=50) yang menerima terapi menggunakan modul REBT dan kumpulan kawalan (n=50) yang menerima terapi tanpa modul REBT. Analisis ANCOVA pengukuran berulang digunakan bagi mengenal pasti perbezaan yang signifikan terhadap skor kemurungan antara dua kumpulan berkenaan. Dapatan menunjukkan, remaja yang menerima terapi menggunakan modul REBT berjaya mengurangkan skor kemurungan lebih renda berbanding remaja dalam kumpulan kawalan. Kajian ini memberikan dapatan yang penting sebagai satu intervensi terapi alternatif yang boleh digunakan kepada ahli terapi serta jurulatih di pusat pemulihan juvenil dalam menggalakkan emosi remaja yang positif.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Asma Mat, Wan Marzuki Wan Jaafar, & Nurazidawati Mohamad Arsad. (2024). KEBERKESANAN MODUL TERAPI RASIONAL EMOTIF TINGKAH LAKU (REBT) KEPADA KEMURUNGAN REMAJA DELINKUEN DI SEKOLAH TUNAS BAKTI. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(44). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3390
Issue
Section
Articles