DAYA TINDAK PESAKIT COVID-19 KATEGORI KRITIKAL: SATU KAJIAN KES

Authors

  • Siti Marziah Zakaria Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan
  • Abdul Salam Yussof Pusat Pengajian Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor
  • Zarina Othman Pusat Pengajian Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor
  • Mohamad Mohsin Mohamad Said Pusat Pengajian Citra Universiti, Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor
  • Asila Nur Adlynd Mohd Shukry Pusat Kajian Psikologi dan Kesejahteraan, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan

Abstract

COVID-19 memberi impak besar kepada kesihatan mental setiap pesakit. Ada yang mengalami kemurungan terutamanya apabila berada dalam keadaan stres dan isolasi daripada rangkaian sokongan keluarga, jiran tetangga dan sahabat handai. Kajian ini bertujuan untuk meneroka daya tindak bekas pesakit COVID-19 dalam melalui pengalaman sebagai pesakit COVID-19. Fokus kajian kes ini adalah kepada pengalaman yang dilalui oleh bekas pesakit COVID-19 tahap kritikal beserta strategi daya tindak yang diambil oleh bekas pesakit COVID-19 ini. Pendekatan fenomenologi telah digunakan untuk memahami emosi dan pengalaman informan yang telah berada pada tahap kritikal COVID-19. Sesi temubual telah diadakan secara dalam talian menggunakan platform ‘meet’ bersama informan dan sesi ini telah dirakam. Rakaman temubual ini telah ditrankskripsikan dan kandungannya telah dianalisa secara analisis bertema. Sebanyak 4 tema daya tindak telah berjaya dikeluarkan melalui analisis bertema iaitu: 1) pengurusan rawatan, 2) pemikiran positif, 3) zikir dan doa, 4) redha. Ini menunjukkan bahawa faktor penyembuhan diri melalui elemen psikologi bersama dengan faktor ubat dan rawatan fizikal oleh pihak hospital mampu memberikan kekuatan mental dan harapan penyembuhan. Ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa daya tindak positif dan pengurusan emosi diperlukan oleh setiap individu apabila berdepan dengan situasi yang kritikal. COVID-19 memberi impak yang besar kepada kehidupan pesakit semasa dan selepas sembuh. Pesakit yang telah melalui trauma, tekanan, keresahan dan kemurungan perlu dibantu melalui sokongan psikososial untuk mereka melalui kehidupan normal seperti dahulu.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Siti Marziah Zakaria, Abdul Salam Yussof, Zarina Othman, Mohamad Mohsin Mohamad Said, & Asila Nur Adlynd Mohd Shukry. (2024). DAYA TINDAK PESAKIT COVID-19 KATEGORI KRITIKAL: SATU KAJIAN KES. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(44). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3392