PENDEKATAN TERAPI KOGNITIF TINGKAH LAKU TERHADAP PENYESUAIAN DIRI WANITA PASCA PERCERAIAN

Authors

  • Nur Azmina Paslan Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia
  • Mohamad Hashim Othman Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia

Abstract

Perceraian memberi kesan kepada kehidupan wanita pasca perceraian untuk meneruskan kehidupan. Intervensi kaunseling merupakan salah satu kaedah yang boleh dijalankan untuk membantu kesejahteraan psikologi wanita pasca perceraian meliputi aspek pemikiran, tingkah laku dan emosi. Pendekatan terapi Kognitif Tingkah Laku digunakan dalam intervensi kaunseling dalam menangani penyesuaian diri wanita pasca perceraian. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan mengkaji kesan pendekatan intervensi Kognitif Tingkah Laku terhadap penyesuaian diri wanita pasca perceraian. Tiga orang wanita telah dipilih sebagai sampel kajian dengan menggunakan kaedah persampelan bertujuan. Sampel kajian tersebut adalah dalam kalangan wanita yang telah bercerai di Mahkamah Syariah Negeri Pulau Pinang. Kajian ini dijalankan sebanyak 12 sesi kaunseling. Data kuantitatif telah dikumpulkan berdasarkan data pada fasa baseline, rawatan dan reversal baseline yang diukur menggunakan Skala Penyesuaian Diri Pasca Perceraian Fisher (FDAS). Hasil dapatan menunjukkan peningkatan tahap penyesuaian diri wanita pasca perceraian.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Nur Azmina Paslan, & Mohamad Hashim Othman. (2024). PENDEKATAN TERAPI KOGNITIF TINGKAH LAKU TERHADAP PENYESUAIAN DIRI WANITA PASCA PERCERAIAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(44). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3396