APLIKASI TEKNIK FUZZY DELPHI DALAM PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN STEM TENAGA NUKLEAR BAGI MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT
Abstract
Kajian ini dijalankan secara kuantitatif untuk membangunkan modul pembelajaran STEM tenaga nuklear berdasarkan kesepakatan pakar. Pendidikan tenaga nuklear dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) merupakan agenda penting dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 – 2025 bagi memenuhi aspirasi negara dan kehendak dunia global. Peranan guru penting dalam pengajaran dan pembelajaran tenaga nuklear supaya objektif pelajaran tercapai. Pembelajaran topik tenaga nuklear dianggap topik yang sukar untuk difahami kerana ianya tidak boleh dilihat, dirasai atau dihidu. Guru yang mempunyai pengetahuan terhad mengenai tenaga nuklear juga menyumbang kepada miskonsepsi pengetahuan pelajar. Kajian ini dilakukan dengan menggunakan instrumen soal selidik teknik Fuzzy Delphi ke atas 11 orang pakar bagi mendapatkan pandangan dan kesepakatan. Dapatan data teknik Fuzzy Deplhi dianalisis bagi menentukan elemen – elemen bagi subtajuk, isi kandungan, strategi dan gaya pembelajaran serta latihan resos yang bersesuaian dalam modul pembelajaran. Hasil dapatan kajian menunjukkan kesemua elemen menepati syarat, iaitu nilai threshold d adalah kurang daripada 0.2 dan peratusan kumpulan pakar melebihi 75%. Ini menunjukkan kesemua item diperlukan oleh panel pakar dalam membangunkan modul pembelajaran STEM tenaga nuklear bagi mata pelajaran Sains tingkatan empat.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Suraya Mohamed Sabri, Siti Rahaimah Ali, & Izazol Idris. (2024). APLIKASI TEKNIK FUZZY DELPHI DALAM PEMBANGUNAN MODUL PEMBELAJARAN STEM TENAGA NUKLEAR BAGI MATA PELAJARAN SAINS TINGKATAN EMPAT. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 6(44). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3397
Issue
Section
Articles