PERSEPSI PENGGUNAAN EBOOK DAN BUKU FIZIKAL DALAM KALANGAN PELAJAR

Authors

  • Aishah Mahat Fakulti Sains Komputer & Matematik, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, M
  • Nurhazirah Mohamad Yunos Fakulti Sains Komputer & Matematik, Universiti Teknologi MARA, Cawangan Johor Kampus Pasir Gudang, M

Abstract

Artikel ini membincangkan persepsi penggunaan ebook dan buku fizikal dalam kalangan pelajar universiti. Seramai 96 orang pelajar universiti terlibat dalam kajian ini yang dijalankan pada semester Oktober 2021 hingga Februari 2022. Borang soal selidik digunakan sebagai pengumpulan data untuk mendapatkan perbandingan persepsi pelajar terhadap penggunaan ebook dan buku fizikal dalam sistem pembelajaran. Keputusan soal selidik mendapati keberkesanan penggunaan ebook di kalangan pelajar lebih tinggi berbanding buku fizikal dengan memperoleh min sebanyak 4.298 dan sisihan piawai iaitu 0.801. Melalui maklumbalas yang diberikan oleh pelajar, fungsi serta ciri yang terdapat pada ebook boleh dipertingkatkan bagi menjadikan ia sesuai digunakan serta dapat memberi manfaat kepada pelajar secara keseluruhannya. Walaupun ebook merupakan suatu bentuk pembaharuan dalam penerbitan berbanding penggunaan buku fizikal yang sedia ada, namun kajian yang berterusan perlu dilakukan bagi tujuan penambahbaikan kepada pengguna.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Aishah Mahat, & Nurhazirah Mohamad Yunos. (2024). PERSEPSI PENGGUNAAN EBOOK DAN BUKU FIZIKAL DALAM KALANGAN PELAJAR. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(45). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3412