PENGARUH PENGETAHUAN TEKNOLOGI PEDAGOGI KANDUNGAN DAN KOMITMEN TERHADAP MOTIVASI GURU FIZIK MELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN DI SABAH

Authors

  • Samsul Juwait Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Nyet Moi Siew Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

Abstract

Kebanyakan institusi pendidikan ditutup sebagai salah satu langkah menangani pandemik COVID-19. Bagi meneruskan proses pendidikan, guru-guru dikerah untuk mengadaptasi kaedah pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian. Namun, kajian lepas mendapati bahawa motivasi guru terjejas akibat daripada hal ini. Oleh itu, kajian kuantitatif menggunakan soal selidik dijalankan bagi menentukan pengaruh pengetahuan teknologi pedagogi kandungan (TPACK) dan komitmen terhadap motivasi guru Fizik di Sabah dalam melaksanakan PdP dalam talian. Seramai 77 orang guru Fizik lelaki dan 109 guru Fizik perempuan di Sabah dipilih dengan menggunakan kaedah persampelan rawak berstrata. Instrumen soal selidik dengan kebolehpercayaan tinggi; TPACK (α=.930), komitmen guru (α=.872) dan motivasi melaksanakan PdP dalam talian (α=.750) ditadbirkan ke atas 186 guru Fizik. Analisis deskriptif menggunakan SPSS mendapati bahawa tahap TPACK, komitmen dan motivasi guru dalam melaksanakan PdP dalam talian berada pada tahap yang tinggi. Seterusnya, analisis regresi berganda mendapati konstruk Pengetahuan Kandungan dan Pengetahuan Teknologi Pedagogi Kandungan dalam TPACK pula mempunyai hubungan dan pengaruh signifikan terhadap motivasi melaksanakan PdP dalam talian. Konstruk komitmen iaitu komitmen Terhadap Sekolah, Komitmen Terhadap Pengajaran, dan Komitmen Terhadap Profesion juga didapati mempunyai hubungan dan pengaruh signifikan terhadap motivasi melaksanakan PdP dalam talian. Kajian ini berguna kepada pihak berkepentingan dalam memahami situasi guru Fizik sewaktu menjalankan tugas hakiki dalam konteks pandemik Covid-19, untuk menggubal dasar serta program yang relevan demi kelangsungan sistem pendidikan negara.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Samsul Juwait, & Nyet Moi Siew. (2024). PENGARUH PENGETAHUAN TEKNOLOGI PEDAGOGI KANDUNGAN DAN KOMITMEN TERHADAP MOTIVASI GURU FIZIK MELAKSANAKAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DALAM TALIAN DI SABAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(45). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3413