KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN TINGKAH LAKU PEMUPUKAN KREATIVITI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH MENGGUNAKAN MODEL PENGUKURAN RASCH

Authors

  • Nor Atika A Jalil Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Nyet Moi Siew Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

Abstract

Pemupukan kreativiti dalam bilik darjah penting dalam melahirkan generasi kreatif dan inovatif. Bagi memenuhi keperluan pendidikan generasi baru yang boleh bersaing di peringkat global, budaya kreativiti wajar diperkasakan oleh guru dalam melaksanakan pengajaran dan pemudahcaraan di dalam kelas. Instrumen yang sering diguna pakai untuk mengukur tingkah laku pemupukan kreativiti (TLPK) guru adalah Creativity Fostering Teacher Index (CFTI). Instrumen CFTI telah diguna pakai secara piawai di kebanyakan negara di seluruh dunia. Bagaimanapun, penyelidikan berkaitan TLPK guru matematik sekolah menengah masih terhad. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengadaptasi instrumen CFTI mengikut konteks kajian dan seterusnya menentukan kesahan dan kebolehpercayaan instrumen TLPK yang ditadbir ke atas 100 orang guru matematik sekolah menengah di negeri Sabah. Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen TLPK ditentukan menggunakan Model Pengukuran Rasch melalui perisian Winstep. Dari sudut kebolehpercayaan, indek kebolehpercayaan item menunjukkan tahap kebolehpercayaan yang tinggi iaitu 0.94 manakala indeks kebolehpercayaan responden adalah 0.90. Kesahan kandungan dan konstruk menunjukkan instrumen TLPK adalah sesuai dalam mengukur TLPK guru matematik sekolah menengah. Hasil kajian menunjukkan bahawa instrumen TLPK mempunyai tahap kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi dalam mengukur tingkah laku pemupukan kreativiti guru matematik sekolah menengah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Nor Atika A Jalil, & Nyet Moi Siew. (2024). KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN INSTRUMEN TINGKAH LAKU PEMUPUKAN KREATIVITI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH MENGGUNAKAN MODEL PENGUKURAN RASCH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(45). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3416