KEFAHAMAN KONSEP BANGSA MALAYSIA DALAM KALANGAN MAHASISWA: KAJIAN TERHADAP KURSUS PEMBENTUKAN & PEMBINAAN NEGARA BANGSA
Abstract
Negara bangsa adalah sebuah negara berdaulat yang mempunyai sempadan wilayah yang jelas dan wilayah tersebut didiami oleh sekumpulan penduduk yang diikat dengan kewarganegaraan yang sama dan mengidentifikasikan diri mereka sebagai bangsa. Bangsa Malaysia yang kukuh merupakan kemuncak kepada proses pembentukan negara bangsa bagi Malaysia. Dalam hal ini, mahasiswa merupakan kelompok yang penting untuk didedahkan mengenai proses pengukuhan konsep tersebut sehingga Bangsa Malaysia yang kukuh dapat direalisasikan. Kajian dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap kefahaman responden yang mengambil bahagian dalam kajian ini terhadap pengetahuan mereka mengenai konsep Bangsa Malaysia. Selain itu, kajian juga dijalankan adalah untuk mengetahui keberkesanan kursus Pembentukan dan Pembinaan Negara Bangsa (HNH3013) dalam membentuk pemikiran mahasiswa mengenai kefahaman konsep Bangsa Malaysia. Kajian ini adalah berbentuk kuantitatif dan hasil dapatan kajiannya dihurai secara analisis statistik deskriptif. Secara keseluruhan, hasil kajian mendapati bahawa tahap kefahaman responden terhadap konsep Bangsa Malaysia adalah baik dan memuaskan. Manakala kursus HNH3013 adalah berkesan dalam membentuk pemikiran mahasiswa terhadap konsep Bangsa Malaysia. Berdasarkan hasil dapatan juga, kajian ini mengenalpasti terdapat beberapa perkara yang perlu dititikberatkan oleh pihak berwajib dalam mengukuhkan lagi kefahaman mahasiswa terhadap konsep Bangsa Malaysia. Perkara-perkara tersebut termasuklah pemimpin dari kalangan pelbagai agama, penerimaan konsep Bangsa Malaysia dan dasar negara yang terkini dalam mengukuhkan lagi Bangsa Malaysia.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Khairul Ghufran Kaspin, Mohamad Basri Jamal, Norshahrul Marzuki Mohd Nor, Mazdi Marzuki, & Mohd Hairy Ibrahim. (2024). KEFAHAMAN KONSEP BANGSA MALAYSIA DALAM KALANGAN MAHASISWA: KAJIAN TERHADAP KURSUS PEMBENTUKAN & PEMBINAAN NEGARA BANGSA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(45). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3422
Issue
Section
Articles