KEPENTINGAN DAN CABARAN AMALAN BERJALAN KAKI BAGI MEREALISASIKAN PEMBENTUKAN KAMPUS LESTARI DI MALAYSIA

Authors

  • Mazdi Marzuki Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, Malaysia
  • Muhammad Hasbi Abdul Rahman Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, Malaysia
  • Norshahrul Marzuki Mohd Nor Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, Malaysia
  • Mohd Hairy Ibrahim Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, Malaysia

Abstract

Pembentukan kampus lestari merupakan salah satu agenda bagi mencapai pembangunan lestari. Kepelbagaian aktiviti di dalam kampus telah menjadikan ruang kampus menjadi seperti sebuah bandar. Impaknya ruang kampus juga menghadapi masalah seperti sebuah bandar. Sehubungan itu ruang kampus perlu lestari supaya persekitaran menjadi lebih baik bagi kesejahteraan warganya. Artikel ini bertujuan untuk meneliti kepentingan dan cabaran amalan berjalan kaki dalam merealisasikan pembentukan kampus lestari di Malaysia. Artikel ini merupakan satu artikel yang berbentuk konseptual bagi meneliti kepentingan dan cabaran amalan berjalan kaki di kampus. Amalan berjalan kaki untuk pergerakan antara satu lokasi ke satu lokasi di dalam kampus merupakan inisiatif yang boleh diimplementasikan untuk pembentukan kampus lestari. Kepentingan amalan berjalan kaki merangkumi aspek mengurangkan masalah pencemaran udara, mengurangkan masalah kesesakan lalu lintas, mengatasi masalah parkir kenderaan dan menyihatkan badan. Namun begitu cabaran untuk amalan berjalan kaki pula terdiri daripada cuaca dan iklim, kekurangan infrastruktur, tahap keselamatan dan sikap pengguna sendiri. Oleh itu memperhebatkan promosi pengangkutan tidak bermotor seperti berbasikal dan berjalan kaki mampu meningkatkan kemapanan kampus. Warga kampus perlu mengamalkan gaya hidup baharu ini secara aktif dalam mengekalkan kelestarian kampus.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mazdi Marzuki, Muhammad Hasbi Abdul Rahman, Norshahrul Marzuki Mohd Nor, & Mohd Hairy Ibrahim. (2024). KEPENTINGAN DAN CABARAN AMALAN BERJALAN KAKI BAGI MEREALISASIKAN PEMBENTUKAN KAMPUS LESTARI DI MALAYSIA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(45). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3423