ISU STRES IMPAK PANDEMIK COVID-19 DI KALANGAN PELAJAR YANG MENGIKUTI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN: SATU TINJAUAN AWAL

Authors

  • Norshahrul Marzuki Mohd Nor Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Khairul Ghufran Kaspin Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Mohamad Basri Jamal Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Mazdi Marzuki Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Abstract

Pandemik Covid-19 yang melanda seluruh dunia telah mendatangkan banyak implikasi dalam kehidupan seharian masa kini. Dalam suasana persekolahan, para pelajar turut terkesan kerana perlu mengikuti pembelajaran secara atas talian yang sebelumnya dilaksanakan secara bersemuka. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti isu stres impak pandemik Covid-19 di kalangan pelajar yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara atas talian. Selain itu, kajian juga bertujuan meninjau beberapa saranan untuk mengatasi stres tersebut. Kajian awal ini dilaksanakan secara kualitatif menggunakan kaedah pengumpulan data berpandukan tinjauan kajian-kajian lepas. Dapatan kajian menunjukkan isu stres pelajar dalam mengikuti pengajaran dan pembelajaran secara atas talian dijangka akan berterusan selagi pandemik Covid-19 belum berakhir. Namun permasalahan stres boleh diatasi dengan pelbagai kaedah yang berkesan berdasarkan saranan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bergantung kepada penerimaan serta konsistensi setiap individu pelajar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Norshahrul Marzuki Mohd Nor, Khairul Ghufran Kaspin, Mohamad Basri Jamal, & Mazdi Marzuki. (2024). ISU STRES IMPAK PANDEMIK COVID-19 DI KALANGAN PELAJAR YANG MENGIKUTI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SECARA ATAS TALIAN: SATU TINJAUAN AWAL. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(45). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3425