IMPLIKASI PdPr MENERUSI ONLINE SEMASA PANDEMIK COVID-19: SATU TINJAUAN TERHADAP PERSEPSI GURU-GURU DI SEKOLAH SEKITAR DAERAH KOTA KINABALU, SABAH

Authors

  • Saifulazry Mokhtar Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Irma Wani Othman Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Habibah @ Artini Ramlie Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Sarinab Ariffin @ Eduny Sekolah Kebangsaan Ladang Sandak, Sandakan, Sabah, Malaysia

Abstract

Pendidikan merupakan satu aspek terpenting dalam proses kelangsungan penerapan ilmu kepada para pelajar, apatah lagi dalam situasi pandemik Covid-19. Tanpa ilmu pengetahuan yang secukupnya sudah pasti mereka akan hanyut dibawa arus gelombang dunia yang tiada sempadan. Ilmu yang mantap akan dapat memacu seseorang pelajar untuk sentiasa berada tepat pada landasannya serta dapat membina landskap kehidupan dengan baik. Justeru, kajian ini dijalankan adalah bertujuan untuk melihat implikasi PdPr menerusi online semasa penularan pandemik Covid-19 tinjauan terhadap persepsi guru-guru di sekolah sekitar daerah Kota Kinabalu, Sabah. Kajian ini menggunakan metodologi kuantitatif berdasarkan soal selidik yang diedarkan menerusi Google Form. Terdapat seramai 255 responden dalam kalangan guru-guru di sekolah sekitar daerah Kota Kinabalu telah meluangkan masa untuk turut serta memberikan pandangan dan persepsi mereka dalam kajian ini. Hasil dapatan kajian menemui terdapat sembilan implikasi positif PdPr menerusi online seperti lebih baik dilaksanakan PdPr online dari tiada kelas, ibu bapa banyak membantu pelajar dalam PdPr, pelajar dapat mengaplikasikan teknologi dalam pendidikan dengan baik dan sebagainya. Kajian ini turut mendapati lapan implikasi negatif dalam PdPr secara atas talian berdasarkan kepada maklum balas guru-guru di sekolah sekitar daerah Kota Kinabalu. Implikasi negatif yang utama adalah pelajar tidak mempunyai kemudahan secukupnya untuk turut serta dalam PdPr kerana tidak mempunyai gajet, tidak mempunyai data yang mencukupi, jaringan telekomunikasi yang tidak menentu serta masalah sosio ekonomi keluarga. Dapatan ini jelas menggambarkan situasi sebenar tahap pencapaian dan penglibatan pelajar semasa pelaksanaan PdPr secara online. Semoga hasil dapatan kajian ini dapat membantu pihak Kementerian Pendidikan Malaysia khasnya membuat penstrukturan semula kaedah pengajaran dan pembelajaran secara online pada masa akan datang bagi memastikan tidak ada pelajar yang ketinggalan dalam pelajaran harian.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Saifulazry Mokhtar, Irma Wani Othman, Habibah @ Artini Ramlie, & Sarinab Ariffin @ Eduny. (2024). IMPLIKASI PdPr MENERUSI ONLINE SEMASA PANDEMIK COVID-19: SATU TINJAUAN TERHADAP PERSEPSI GURU-GURU DI SEKOLAH SEKITAR DAERAH KOTA KINABALU, SABAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(45). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3426