SIGNIFIKAN KURSUS FALSAFAH DAN ISU SEMASA (FIS) DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK DAN MORAL DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

Authors

  • Syamsul Azizul Marinsah Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah
  • Habibah @ Artini Ramlie Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah
  • Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah
  • Irma Wani Othman Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah

Abstract

Kursus Falsafah dan Isu Semasa (FIS) merupakan salah satu kursus generik yang wajib diambil oleh para mahasiwa di seluruh IPT Malaysia bermula pada sesi pengambilan 2019/2020. Sehubungan itu, pelaksanaan kursus FIS di peringkat institusi pengajian tinggi adalah sangat signifikan dan relevan dalam konteks dunia hari ini yang semakin meruncingkan terutamanya dalam aspek akhlak dan moral manusia. Pengabaian kepada kursus ini menyebabkan aspirasi Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam membentuk insaniah dan sahsiah yang holistik bagi semua pelajar IPT tidak tercapai. Oleh itu, objektif kajian ini adalah untuk menganalisis elemen-elemen pembentukan akhlak dan moral dalam modul pengajian kursus FIS yang dilaksanakan di Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kajian ini termasuk dalam penelitian kualitatif. Justeru, kajian ini menggunakan reka bentuk analisis dokumen yang terdiri daripada modul FIS, jurnal dan tinjauan artikel berkaitan pembentukan akhlak dan moral. Hasil kajian mendapati wujud beberapa elemen yang mampu menyumbang ke arah pembentukan akhlak dan moral dalam modul pengajian kursus FIS yang ditawarkan di Universiti Malaysia Sabah iaitu psikologi dan sosiologi, falsafah agama dan falsafah etika.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Syamsul Azizul Marinsah, Habibah @ Artini Ramlie, Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin, & Irma Wani Othman. (2024). SIGNIFIKAN KURSUS FALSAFAH DAN ISU SEMASA (FIS) DALAM PEMBENTUKAN AKHLAK DAN MORAL DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(45). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3428