ANALISIS PERSAMAAN DAN PERBEZAAN PRINSIP KOMUNIKASI DALAM KITAB AL-QURAN DAN VEDA

Authors

  • Saifulazry Mokhtar Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Habibah @ Artini Ramlie Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Junaidah Januin Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Esther Jawing Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Abang Mohd Razif Abang Muis Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

Abstract

Disiplin ilmu komunikasi muncul sebagai satu subjek akademik di Barat dan agak lambat berkembang dalam perspektif Islam. Kitab suci al-Quran dan Kitab Veda sebenarnya banyak mengutarakan pendekatan komunikasi yang berkesan, namun tidak banyak dikaji. Justeru, pengkaji dapati bahawa kurangnya pengetahuan dalam prinsip komunikasi Islam dan Veda menyebabkan penghayatannya tidak menyeluruh dalam kehidupan. Pengkaji mengeluarkan beberapa prinsip komunikasi yang terdapat di dalam al-Quran dan kitab Veda sebagai panduan kepada pembangunan masyarakat Islam dan Buddha. Kajian ini menyumbang dapatan baharu dengan mempersembahkan satu perbandingan di antara prinsip komunikasi Islam dalam al-Quran dan prinsip komunikasi yang terdapat dalam Lapan Jalan Mulia menerusi kitab Veda. Beberapa persamaan di antara kedua-dua bentuk prinsip komunikasi tersebut akan diutarakan dalam kajian ini dan berdasarkan kepada ayat-ayat suci al-Quran dan istilah yang terdapat dalam kitab Veda. Dapatan utama dalam kajian ini ialah terdapat empat persamaan prinsip komunikasi Islam dan Buddha serta sepuluh perbezaan prinsip komunikasi antara kedua-dua kitab tersebut. Justeru, dapatan daripada kajian ini dapat memberi sumbangan baharu kepada bidang ilmu komunikasi dengan menonjolkan signifikan prinsip komunikasi Islam dan Buddha yang lebih efektif dalam kehidupan. Pengkaji berharap agar dapatan ini dapat membantu masyarakat Islam dan Buddha supaya lebih teliti dalam menutur kata-kata agar kehidupan bermasyarakat lebih aman dan harmoni sejajar dengan masyarakat majmuk di Malaysia.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Saifulazry Mokhtar, Habibah @ Artini Ramlie, Junaidah Januin, Esther Jawing, & Abang Mohd Razif Abang Muis. (2024). ANALISIS PERSAMAAN DAN PERBEZAAN PRINSIP KOMUNIKASI DALAM KITAB AL-QURAN DAN VEDA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(45). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3429