PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI PELAJAR MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK BERORIENTASIKAN ANIMASI

Authors

  • Fatin Izati Mohd Taher Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, MALAYSIA
  • Khadijah Abdul Razak Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, MALAYSIA

Abstract

Kemahiran komunikasi perlu dikuasai oleh pelajar sebagai satu langkah persediaan jangka panjang dalam menggarap pengetahuan dan kemahiran yang kompeten bagi menghadapi pasaran kerja global. Pendekatan pembelajaran berasaskan projek (PBP) berorientasikan animasi merupakan satu inovasi dalam pendidikan masa kini yang dapat meningkatkan penguasaan kemahiran komunikasi pelajar dalam pembelajaran. Artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti penguasaan kemahiran komunikasi pelajar melalui pembelajaran berasaskan projek berorientasikan animasi dalam Kursus Komunikasi dan Penyiaran Islam di Politeknik Kuching Sarawak. Metodologi kajian yang dilaksanakan adalah melalui kajian tinjauan berbentuk kuantitatif menggunakan borang soal selidik melalui perisian Google Form sebagai instrumen kajian. Sampel kajian ini melibatkan 177 orang pelajar semester lima yang mengambil Kursus Komunikasi dan Penyiaran Islam di Politeknik Kuching Sarawak dan dipilih secara persampelan rawak mudah. Data kajian dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 26.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penguasaan kemahiran komunikasi pelajar dalam PBP animasi adalah tinggi. Analisis mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan tahap penguasaan kemahiran komunikasi melalui PBP animasi terhadap faktor jantina dan bidang pengajian. Justeru, diharapkan pensyarah dapat mamaksimumkan pendekatan PBP animasi sebagai kaedah alternatif dalam meningkatkan penguasaan kemahiran komunikasi pelajar bagi memastikan kelangsungan sistem Pendidikan Islam di institusi politeknik berkembang seiring dengan tuntutan dan keperluan pembelajaran abad ke-21.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Fatin Izati Mohd Taher, & Khadijah Abdul Razak. (2024). PENGUASAAN KEMAHIRAN KOMUNIKASI PELAJAR MELALUI PEMBELAJARAN BERASASKAN PROJEK BERORIENTASIKAN ANIMASI. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(45). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3432