PENGAJARAN BERASASKAN INTERACTIVE LECTURE DALAM KALANGAN PELAJAR KURSUS TERAS DI UNIVERSITI

Authors

  • Surendran Sankaran School of Education, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Norazlinda Saad School of Education, Universiti Utara Malaysia, Malaysia

Abstract

Kajian ini bertujuan mengkaji pengaruh Modul Pengajaran Berasaskan Interactive Lecture dalam kalangan pelajar yang mengambil kursus teras. Pendekatan kajian kuantitatif dalam kajian ini adalah berbentuk deskriptif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Populasi kajian ini adalah pelajar yang mengambil kursus teras. Persampelan bertujuan dalam kajian ini digunakan untuk mendapatkan kumpulan responden yang mempunyai ciri-ciri tertentu mengikut kehendak kajian. Seramai 243 orang pelajar dipilih sebagai sampel kajian. Modul Pengajaran Berasaskan Interactive Lecture, Soal selidik dan temu bual digunakan sebagai instrumen kajian dan Item-item untuk soal selidik diadaptasikan dari kajian-kajian lepas dan tinjauan literatur. Dalam kajian rintis beberapa aspek penyesuaian item telah dijalankan sehingga terhasil nilai Cronbach Alpha yang tinggi (0.89). Data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa tahap Pembelajaran Berasaskan Interactive Lecture dalam kalangan pelajar kursus teras berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan Dimensi Reka Bentuk, Dimensi Penilaian Terhadap Pengajar, Dimensi Kandungan dan Dimensi Penilaian mempunyai pengaruh yang signifikan terhadap Pembelajaran Berasaskan Interactive Lecture. Bagi meningkatkan tahap Pembelajaran Berasaskan Interactive Lecture dalam kalangan pelajar, dimensi Reka Bentuk, dimensi Penilaian Terhadap Pengajar.dimensi Kandungan dan dimensi Penilaian perlu diberi penekanan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Surendran Sankaran, & Norazlinda Saad. (2024). PENGAJARAN BERASASKAN INTERACTIVE LECTURE DALAM KALANGAN PELAJAR KURSUS TERAS DI UNIVERSITI. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(45). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3435