TRANSFORMASI EKONOMI: SUATU KAJIAN TERHADAP MASYARAKAT ORANG ASLI SUKU KAUM MAH MERI DI KAMPUNG SUNGAI BUMBUN, PULAU CAREY, BANTING
Abstract
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji transformasi ekonomi Masyarakat Orang Asli Mah Meri di Kampung Sungai Bumbun. Kajian ini memberi penekanan kepada transformasi ekonomi yang telah berlaku di Kampung Sungai Bumbun khususnya Orang Asli Mah Meri. Majoriti penduduk Orang Asli di Kampung Sungai Bumbun adalah suku kaum Mah Meri. Objektif kajian adalah menganalisis perkembangan pembangunan ekonomi Orang Asli Mah Meri, mengenal pasti faktor yang membawa kepada perubahan ekonomi dan mengenal pasti kesan yang transformasi ekonomi Orang Asli Mah Meri pada masa kini. Masyarakat Orang Asli Mah Meri menjalankan aktiviti kraftangan dan kebudayaan sebagai sumber ekonomi utama dalam menampung keperluan harian. Mereka menggunakan sumber semula jadi dari hutan seperti kayu Nyireh dalam menghasilkan ukiran yang unik. Transformasi yang dijalankan oleh pihak kerajaan telah memberi impak positif dalam perkembangan pembangunan ekonomi terutama dalam mendapatkan sumber ekonomi di Kampung Sungai Bumbun, Pulau Carey. Faktor yang membawa kepada perubahan ekonomi Orang Asli Mah Meri adalah bantuan dari pihak kerajaan Malaysia melalui Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA), kawasan berhampiran pusat bandar, sikap berdikari Orang Asli Mah Meri dan minat serta Badan Bukan Kerajaan (NGO) seperti Badan Insaf Malaysia dan badan bebas. Kesan transformasi ekonomi yang diterima oleh Orang Asli Mah Meri adalah berlaku mempertingkatkan hasil pendapatan, meningkatkan kemudahan prasarana, wujud interaksi sosial dan ekopelancongan. Artikel ini adalah merupakan kertas konsep yang akan menjelaskan tentang transformasi ekonomi masyarakat Orang Asli suku kaum Mah Meri.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Mohamad Basri Jamal, Khairul Ghufran Kaspin, Norshahrul Marzuki Mohd Nor, & Mazdi Marzuki. (2024). TRANSFORMASI EKONOMI: SUATU KAJIAN TERHADAP MASYARAKAT ORANG ASLI SUKU KAUM MAH MERI DI KAMPUNG SUNGAI BUMBUN, PULAU CAREY, BANTING. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(45). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3436
Issue
Section
Articles