KEKUATAN DALAMAN DAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI MURID DI INDONESIA SEPANJANG PANDEMIK COVID-19

Authors

  • Nashyira Hamsan University Sains Malaysia
  • Nor Shafrin Ahmad University Sains Malaysia
  • Zulkifli Hussain @ Mat Hassan Ibu Pejabat MARA Kuala Lumpur
  • Raras Sutatminingsih Universitas Sumatera Utara, Medan, Indonesia

Abstract

Kekuatan dalaman adalah antara elemen penting yang perlu ada oleh murid sekolah bagi mengekalkan kesejahteraan psikologi sepanjang krisis pandemik COVID-19. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji perbezaan kekuatan dalaman dan kesejahteraan psikologi murid di Indonesia mengikut umur dan jantina. Kajian juga mengkaji hubungan kekuatan dalaman dan kesejahteraan psikologi. Kajian ini dijalankan secara kuantitatif melalui soal selidik yang diedarkan secara dalam talian. Responden kajian ialah murid-murid di sekitar Medan, Indonesia yang berumur antara 13 hingga 18 tahun. Seramai 186 orang murid lelaki dan 221 murid perempuan terlibat. Data dianalisis secara deskriptif dan inferensi. Data diperoleh melalui ujian t, ANOVA Satu Hala dan Kolerasi Pearson. Dapatan menunjukkan tidak terdapat perbezaan antara kekuatan dalaman dan kesejahteraan psikologi mengikut jantina. Namun terdapat perbezaan yang signifikan dalam kekuatan dalaman dan kesejahteraan psikolgi mengikut umur. Dapatan kajian juga mendapati terdapat hubungan yang positif di antara kekuatan dalaman dan kesejahteraan psikologi. Dapatan yang diperoleh mencadangkan intervensi yang sesuai bagi meningkatkan kekuatan dalaman murid kerana ia sekaligus dapat membantu meningkatkan kesejahteraan psikologi. Intervensi juga boleh dibangunkan berbeza mengikut umur namun boleh disesuaikan mengikut murid lelaki dan perempuan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Nashyira Hamsan, Nor Shafrin Ahmad, Zulkifli Hussain @ Mat Hassan, & Raras Sutatminingsih. (2024). KEKUATAN DALAMAN DAN KESEJAHTERAAN PSIKOLOGI MURID DI INDONESIA SEPANJANG PANDEMIK COVID-19. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(46). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3443