KEBERKESANAN PENGAJIAN AL-QURAN SECARA ATAS TALIAN: KAJIAN DALAM KALANGAN PELAJAR OUM KELANTAN
Abstract
Dunia hari ini sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19. Situasi Covid-19 telah menjejaskan pelbagai aspek kehidupan manusia termasuk aktiviti pengajian al-Quran yang mesti dilaksanakan secara atas talian. OUM Kelantan telah melaksanakan proses PdP secara atas talian kepada para pelajarnya termasuklah pelajar-pelajar yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam yang terlibat dengan subjek Pengajian al-Quran. Maka, tujuan kajian ini dilakukan bagi mengetahui keberkesanan Pengajian al-Quran secara atas talian bagi pelajar OUM Kelantan kerana sebelum ini proses PdP dilaksanakan secara bersemuka. Kaedah soal selidik secara deskriptif telah digunakan dalam kajian kuantitatif ini bagi memperoleh data yang dikehendaki. Dalam kajian ini, seramai 50 orang pelajar OUM Kelantan dari Pusat Pembelajaran Kota Bharu yang mengikuti program Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam yang diwajibkan mengambil subjek Pengajian al-Quran terlibat sebagai responden kajian. Item soalan bagi kajian ini dikira berdasarkan skor skala Likert. Perisian Statistical Package for Social Sciences (SPSS) versi 21.0 digunakan bagi menganalisis data dan dipersembahkan secara deskriptif dalam bentuk graf serta jadual yang merangkumi frekuensi, peratusan dan min. Dapatan kajian memperlihatkan keberkesanan Pengajian al-Quran secara atas talian mencapai purata min 3.72. Secara umumnya, dapatan analisis mendapati responden telah menyatakan pandangan yang baik kepada skop yang dikaji dengan purata min pada tahap tinggi. Kajian ini dapat membantu memberikan gambaran keseluruhan tentang Pengajian al-Quran secara atas talian dan kecekapan yang berkaitan dengannya serta menentukan keberkesanan pengajian dengan kaedah ini.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Ahmad Mujahideen Haji Yusoff. (2024). KEBERKESANAN PENGAJIAN AL-QURAN SECARA ATAS TALIAN: KAJIAN DALAM KALANGAN PELAJAR OUM KELANTAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(46). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3444
Issue
Section
Articles