JANGKAAN PENCAPAIAN DENGAN PENERIMAAN BRING YOUR OWN DEVICE (BYOD) DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA

Authors

  • Surendran Sankaran School of Education, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Norazlinda Saad School of Education, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Uh Man Nee School of Education, Universiti Utara Malaysia, Malaysia

Abstract

Bring Your Own Device (BYOD) adalah polisi yang membenarkan pelajar menggunakan peranti teknologi bagi merevolusikan pedagogi yang berpusatkan pelajar sepenuhnya. Hal ini selaras dengan hasrat Pendidikan Abad ke-21 yang menginginkan pelajar mempunyai literasi Information and Communication Technology (ICT). Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh Jangkaan Pencapaian terhadap Penerimaan BYOD untuk tujuan pembelajaran dalam kalangan pelajar Sarjana. Kaedah penyelidikan kuantitatif digunakan dalam kajian ini dengan menggunakan soal selidik sebagai instrumen. Data kajian dikumpul daripada 250 orang pelajar Sarjana penghususan dari Universiti Utara Malaysia. Teknik persampelan rawak mudah digunakan dalam membuat pemilihan sampel. Item untuk soal selidik diadaptasi dari pelbagai sumber dan digabungkan serta diubahsuai mengikut kesesuaian objektif yang disasarkan. Nilai Cronbach's Alpha kajian ini menunjukkan 0.92. Data kajian dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan analisis regresi. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap Penerimaan BYOD untuk tujuan pembelajaran dalam kalangan pelajar Sarjana berada pada tahap yang tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat pengaruh yang signifikan Jangkaan Pencapaian terhadap Penerimaan Bring Your Own Device (BYOD) untuk tujuan pembelajaran dalam kalangan pelajar Sarjana. Justeru, dapatan kajian ini diharap membantu pihak UUM dan pensyarah mengambil langkah yang diperlukan untuk meningkatkan lagi penglibatan pelajar dalam penggunaan BYOD untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran secara aktif dan bermakna.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Surendran Sankaran, Norazlinda Saad, & Uh Man Nee. (2024). JANGKAAN PENCAPAIAN DENGAN PENERIMAAN BRING YOUR OWN DEVICE (BYOD) DALAM KALANGAN PELAJAR SARJANA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(46). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3447