FAKTOR MEMPENGARUHI KEGIATAN MEROKOK DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DAN TINDAKAN KAUNSELOR DALAM MENANGANINYA

Authors

  • Sitti Nonieyah Mohd Gaid Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia
  • Farah Mohamad Zain Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia
  • Faizahani Ab Rahman Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia
  • Marini Kasim Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia, Kedah, Malaysia

Abstract

Tabiat merokok dalam kalangan remaja khususnya pelajar sekolah semakin meningkat dan membimbangkan. Masalah sosial ini sudah terlalu lama berakar umbi namun masih belum menemui penyelesaiannya. Pelbagai usaha telah dilakukan untuk membendung permasalahan ini, namun ia masih berpanjangan. Oleh yang demikian, kajian ini dilaksanakan bagi mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kegiatan merokok dalam kalangan pelajar dan tindakan kaunselor dalam menanganinya. Responden yang terlibat adalah seramai tiga puluh empat orang pelajar dan seorang kaunselor. Kajian yang dilaksanakan ini berbentuk kuantitatif dan kualitatif. Teknik pengumpulan data yang digunakan adalah melalui soal selidik dan temu bual. Data kuantitatif yang diperoleh dianalisis menggunakan analisis deskriptif manakala data kualitatif pula menggunakan analisis tematik. Dapatan kajian mendapati bahawa faktor utama yang mempengaruhi kegiatan merokok ialah faktor psikologi, faktor biologi dan faktor persekitaran sosial di mana faktor yang paling dominan adalah faktor biologi. Selain itu, tindakan yang diambil oleh kaunselor menunjukkan keberhasilan yang baik dengan mengambil beberapa langkah yang efisien.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Sitti Nonieyah Mohd Gaid, Farah Mohamad Zain, Faizahani Ab Rahman, & Marini Kasim. (2024). FAKTOR MEMPENGARUHI KEGIATAN MEROKOK DALAM KALANGAN PELAJAR SEKOLAH DAN TINDAKAN KAUNSELOR DALAM MENANGANINYA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(46). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3449