APLIKASI MODEL RESILIENSI TERHADAP USAHAWAN OKU KE ARAH PEMBENTUKAN PERNIAGAAN LESTARI
Abstract
Orang Kurang Upaya (OKU) merupakan individu yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria. Apabila OKU berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat. Cabaran dan tekanan hidup sebagai OKU adalah sangat tinggi terutamanya bagi individu yang dilahirkan sempurna. Perkaitan OKU dengan kesusahan dan kemiskinan sangat rapat kerana ketidakupayaan mereka untuk mengurus diri, menjalankan perniagaan atau mencari pekerjaan bagi memperoleh pendapatan. Kecekalan dan kekuatan untuk bangkit semula oleh seseorang individu yang dilanda musibah atau bencana menunjukkan ciri-ciri seseorang yang mempunyai resiliensi yang tinggi. Kajian ini mengaplikasikan Model Resiliensi yang boleh digunakan sebagai garis panduan bagi membantu meningkatkan resiliensi dalam kalangan usahawan OKU. Dapatan kajian memfokuskan terdapat faktor pelindung luaran (sokongan sosial, intervensi psikologi, kemudahan awam dan sumber inspirasi) dan faktor pelindung dalaman (keagamaan, motivasi belajar, kesedaran sokongan komuniti dan identiti kendiri) yang mempengaruhi tahap resiliensi usahawan OKU. Oleh yang demikian, kajian ini dipercayai dapat membantu usahawan OKU sendiri terutamanya ke arah perniagaan yang lestari, manakala bagi pihak berwajib yang terlibat seperti Jabatan Kebajian Masyarakat (JKM) dan Pusat Zakat untuk meningkatkan peranan mereka dalam memantapkan lagi ekosistem mesra OKU. Kajian empirikal di masa depan mampu memantapkan lagi model resiliensi yang dicadangkan dalam kajian ini.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Marini Kasim, Faizahani Ab Rahman, Nazahah Abd Rahim, & Rosnia Masruki. (2024). APLIKASI MODEL RESILIENSI TERHADAP USAHAWAN OKU KE ARAH PEMBENTUKAN PERNIAGAAN LESTARI . INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(46). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3450
Issue
Section
Articles