TAKTIK PENGARUH DAN HUBUNGANNYA DENGAN GAYA KEPIMPINAN PENSYARAH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI

Authors

  • Noor Asmahan Abdullah Jabatan Sains, Kolej Matrikulasi Kelantan
  • Siti Noor Ismail Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia
  • Yahya Don Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia

Abstract

Menguasai taktik pengaruh dalam amalan kepimpinan adalah penting dan mampu memberi impak kepada budaya dan hubungan sesama warga organisasi. Justeru pemimpin perlu tahu menggunakan taktik pengaruh yang sesuai terhadap subordinat bagi mengurangkan konflik dalam kepimpinan terutama di institusi pengajian tinggi. Tujuan kajian ini adalah bagi mengenal pasti taktik pengaruh yang paling kerap digunakan di samping mengenal pasti hubungan taktik pengaruh dan gaya kepimpinan. Kajian deskriptif ini berbentuk tinjauan melibatkan sampel seramai 154 orang pensyarah politeknik di Kelantan. Data kuantitatif kajian dikumpul secara keratan-rentas menggunakan instrumen Influence Behaviour Questionnaire dan Multifactor Leadership Questionnaire. Dapatan kajian menunjukkan taktik pengaruh lembut paling kerap digunakan manakala taktik pengaruh keras paling kurang digunakan. Dapatan juga menunjukkan bahawa taktik pengaruh mempunyai hubungan yang signifikan dengan gaya kepimpinan transformasional berbanding dengan gaya kepimpinan transaksional dan laissez faire. Sehubungan itu adalah penting untuk seseorang pemimpin institusi pendidikan untuk mengenal pasti taktik pengaruh yang sesuai berdasarkan situasi dan persekitaran institusi.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Noor Asmahan Abdullah, Siti Noor Ismail, & Yahya Don. (2024). TAKTIK PENGARUH DAN HUBUNGANNYA DENGAN GAYA KEPIMPINAN PENSYARAH INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(46). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3454