RASA DUKA DALAM CERPEN-CERPEN M. NAVIN

Authors

  • Puspavalli Mariappan Faculty of Languages and Communication, Sultan Idris Education University, Perak, Malaysia
  • Kartheges Ponniah Faculty of Languages and Communication, Sultan Idris Education University, Perak, Malaysia

Abstract

Kajian ini menerapkan teori rasa-fenomenologi dalam cerpen-cerpen Tamil khususnya yang dikaryakan oleh M. Navin. Kajian ini memfokuskan objektif pertama dan kedua, iaitu mengenal pasti dan menganalisis perasaan duka yang tertera dalam cerpen M. Navin. Pengkaji mengaplikasikan teori rasa-fenomenologi yang diasaskan oleh Sohaimi Abdul Aziz pada tahun 1998. Sohaimi Abdul Aziz mengabungkan dua teori yang berasal dari barat dan timur. Sohaimi Abdul Aziz mengabungkan teori rasa dari timur dan teori fenomenologi dari barat, maka munculnya teori rasa-fenomenologi. Pengkaji menggunakan reka bentuk kualitatif deskriptif untuk menganalisis cerpen-cerpen M. Navin. Pengkaji melibatkan kaedah analisis teks dan kaedah kepustakaan. Pengkaji menggunakan tiga koleksi cerpen M. Navin yang diterbitkan pada tahun 2015, 2018 dan 2020. Judul ketiga-tiga koleksi cerpen tersebut ialah ‘Mandai Oodi’, ‘Boyak’ dan ‘Uchai’. Pengkaji berfokus pada 25 cerpen untuk menganalisis hasil karya M. Navin. Menerusi analisis ketiga-tiga koleksi cerpen M. Navin, dapat membuktikan bahawa teori rasa-fenomenologi sesuai dan dapat memperlihatkan perasaan watak yang terdapat dalam cerpen-cerpen pengarang.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Puspavalli Mariappan, & Kartheges Ponniah. (2024). RASA DUKA DALAM CERPEN-CERPEN M. NAVIN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(46). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3457