MENEROKA HUBUNGAN PENGGUNAAN TELEFON PINTAR TERHADAP KESEJAHTERAAN DIRI REMAJA: KAJIAN ANALISIS LITERATUR SISTEMATIK

Authors

  • Fatin Athirah Zameran Future Learning & Development Competence Centre, School of Education, Universiti Utara Malaysia, Mal
  • Aliff Nawi Future Learning & Development Competence Centre, School of Education, Universiti Utara Malaysia, Mal
  • Mat Rahimi Yusof Pusat Pengajian Pendidikan, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Nor A'tikah Mat Ali School of Applied Psychology, Social Work & Policy (SAPSP), Universiti Utara Malaysia, Malaysia

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti corak dan hubungan penggunaan telefon pintar terhadap kesejahteraan diri remaja. Kajian ini menggunakan kaedah kajian kualitatif melalui analisis dokumen. Kaedah Analisis Dokumen dalam kajian ini menggunakan teknik Kajian Sistematik dan Meta-Analisis Item Pelaporan Pilihan (PRISMA). Kajian sistematik terhadap 32 kajian telah dijalankan untuk menyiasat corak dan hubungan penggunaan telefon pintar terhadap kesejahteraan diri remaja. Hasil kajian mendapati terdapat empat pola yang dikenal pasti boleh menjejaskan kesejahteraan hidup remaja. Empat pola tersebut ialah aspek kesihatan, sosial, tingkah laku, dan pendidikan. Berdasarkan dapatan kajian ini, jelas terbukti bahawa terdapat hubungan antara penggunaan telefon pintar dengan kesejahteraan remaja. Walaubagaimanapun, kesan negatif didapati lebih tinggi daripada kesan positif. Oleh itu, penggunaan telefon pintar dalam kalangan remaja perlu dikawal dan diberi perhatian oleh semua pihak termasuklah ibu bapa, guru, kerajaan dan pihak swasta.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Fatin Athirah Zameran, Aliff Nawi, Mat Rahimi Yusof, & Nor A’tikah Mat Ali. (2024). MENEROKA HUBUNGAN PENGGUNAAN TELEFON PINTAR TERHADAP KESEJAHTERAAN DIRI REMAJA: KAJIAN ANALISIS LITERATUR SISTEMATIK. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(46). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3459