PEMBUATAN KEPUTUSAN SECARA KOLABORATIF DENGAN KOMITMEN GURU DALAM PENGURUSAN KURIKULUM PEMBELAJARAN ABAD KE 21
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti pengaruh Penglibatan Guru dan Galakan Pengetua dalam membuat keputusan secara kolaboratif terhadap Komitmen Guru sekolah menengah dalam pengurusan Kurikulum Pembelajaran Abad ke 21. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan untuk memperoleh data daripada responden. Dalam kajian ini, populasi adalah 26219 orang guru sekolah menengah di negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Seramai 400 orang guru dipilih secara rawak bagi memastikan kadar pulangan yang tinggi. Dalam kajian ini, soal selidik yang telah dibina oleh Norazlinda (2010) digunakan sebagai instrumen utama kajian ini untuk mengumpul data. Data bagi kajian ini dianalisis dengan menggunakan analisis deskriptif dan analisis inferensi. Dapatan kajian ini menunjukkan tahap Komitmen Guru Pengurusan Kurikulum Pembelajaran Abad Ke 21 berada pada tahap tinggi. Dapatan kajian juga menunjukkan terdapat pengaruh signifikan Penglibatan Guru dan Galakan Pengetua dalam Membuat Keputusan secara kolaboratif Terhadap Komitmen Guru. Dapatan ini menjelaskan bahawa Penglibatan Guru dan Galakan Pengetua perlu diberi perhatian kerana perubahan dalam faktor-faktor tersebut turut menyebabkan berlakunya perubahan dalam tahap Komitmen Guru dalam pengurusan Kurikulum Pembelajaran Abad ke 21.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Norazlinda Saad, & Surendran Sankaran. (2024). PEMBUATAN KEPUTUSAN SECARA KOLABORATIF DENGAN KOMITMEN GURU DALAM PENGURUSAN KURIKULUM PEMBELAJARAN ABAD KE 21. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(46). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3460
Issue
Section
Articles