STANDARD GURU MALAYSIA 2.0 DALAM KEMENJADIAN JIWA PENDIDIK
Abstract
Standard Guru Malaysia merupakan piawaian yang menggariskan kompetensi professional yang patut dicapai oleh guru,dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru-guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Kebelakangan ini, isu-isu berkaitan etika profesion keguruan sering kali berlaku di negara kita dan ini menunjukkan kekurangan dan ruangan penambahbaikan dalam pembangunan profesionalisme keguruan. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji bagaimana Standard Guru Malaysia 2.0 dapat membentuk jiwa pendidik yang sempurna dan holistik, meninjau pandangan guru terhadap komponen etika keguruan dan bagaimana domain kompetensi yang disenaraikan dalam Standard Guru Malaysia 2.0 iaitu orientasi ilmu, instruksional, pelibatan komuniti dan kualiti peribadi dapat membantu guru dalam pelaksanaan PdPc yang berkesan. Kajian ini berbentuk kualitatif dan telah melibatkan 12 orang guru sekolah rendah dan sekolah menengah sebagai responden. Hasil dapatan daripada temu bual dianalisis secara deskriptif dan membuat perbandingan secara keseluruhan. Penemuan kajian ialah ramai guru kurang jelas dengan objektif dan kandungan Standard Guru Malaysia 2.0 dan pihak yang bertanggungjawab perlu memberi pendedahan secara lebih mendalam kepada guru. Standard Guru Malaysia 2.0 adalah satu dokumen rujukan yang komprehensif dapat membantu guru dalam pelaksanaan PdPc yang berkesan dan semua guru jelas dengan tanggungjawab guru terhadap profesion, murid, ibu bapa, masyarakat dan negara. Pengkaji berharap kajian ini dapat memberi serba sedikit sumbangan dalam usaha melahirkan jiwa pendidik yang holistik dan sempurna.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Mardzelah Makhsin, Teoh Yong Ping, & Nor Hasimah Ismail. (2024). STANDARD GURU MALAYSIA 2.0 DALAM KEMENJADIAN JIWA PENDIDIK. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(46). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3463
Issue
Section
Articles