SUMBANGAN NOVEL PATUH SYARIAH DALAM MEMBINA MASYARAKAT SEJAHTERA

Authors

  • Nadiyah Hashim Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Perlis
  • Jamalia Aurani Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Perlis
  • Noor Azura Zainuddin Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Perlis
  • Solihah HajiYahya Zikri Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Perlis
  • Zuraimy Ali Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Cawangan Perlis

Abstract

Novel merupakan antara penulisan kreatif yang sering mendapat tempat dalam kalangan pembaca. Novel banyak membawa cerita masyarakat dan sekaligus menggambarkan keadaan sesuatu masyarakat. isu yang selalu diketengahkan ialah cinta, kepercayaan dan amalan kebiasaan masyarakat. Aplikasi terkini seperti ‘Watpadd’ menjadi medium penulis memaparkan bakat mereka atas talian secara percuma. ‘Goodreads’ pula adalah medan para pembaca memberikan ulasan terhadap buku yang dibaca. Ramai penulis novel menjadikan penulisan mereka sebagai medium dakwah dan supaya masyarakat kembali kepada ajaran Islam yang sebenarnya. Terdapat juga novel-novel yang kemudiannya diadaptasi menjadi drama atau filem. Kajian ini akan meninjau penulisan yang menganalisis novel-novel yang telah berjaya menyumbang ke arah pemahaman agama masyarakat yang lebih baik. Penelitian ini adalah mengambil kira sebahagian novel tempatan yang dipilih secara random dan popular penulisnya untuk dinilai daripada aspek akidah, syariah dan akhlak. Data bagi kajian ini dikumpul bersandarkan reka bentuk kajian kualitatif dan analisis kandungan sebagai instrumen kajian utama. Metod penelitian adalah penelitian deskriptif. Hasilnya pengkaji akan menyenaraikan beberapa novel yang menepati piawaian syariah sepenuhnya yang dapat membantu membentuk masyarakat sejahtera, harmoni dan berada dalam keredaan Allah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Nadiyah Hashim, Jamalia Aurani, Noor Azura Zainuddin, Solihah HajiYahya Zikri, & Zuraimy Ali. (2024). SUMBANGAN NOVEL PATUH SYARIAH DALAM MEMBINA MASYARAKAT SEJAHTERA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(46). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3468