PERSEPSI GURU-GURU PROGAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI DALAM PERMASALAH KEMAHIRAN TULISAN TANGAN DALAM KALANGAN MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN

Authors

  • Rosilah Wahab Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohd Hanafi Mohd Yassin Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Abstract

Pengenalan kajian: Keupayaan menulis merupakan suatu kemahiran yang menjadi punca atau asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dalam pelbagai disiplin ilmu di sekolah. Pencapaian dan kebolehan yang tinggi dalam kemahiran menulis pasti dapat meningkatkan penguasaan pembelajaran murid dalam subjek-subjek yang diajar oleh guru-guru. Masalah mekanisma kemahiran tulisan tangan merupakan satu daripada ciri-ciri yang biasa dilihat pada Murid-Murid Berkeperluan Khas Masalah Pembelajaran (MBKMP). MBKMP yang menghadapi masalah kemahiran tulisan tangan ini menghadapi masalah dengan tulisan tangan yang buruk, tidak konsisten dan seragam, masalah dalam penggunaan ruang-ruang antara huruf atau ruang-ruang antara perkataan, huruf perkataan atau ayat tertinggal, kesilapan dalam memasukkan huruf yang tertinggal dan kesilapan dalam memasukkan huruf-huruf yang sesuai dalam ayat Kegagalan mereka untuk menulis dengan baik semasa proses pembelajaran akan menyebabkan kesan negatif kepada keyakinan diri dan pencapaian akademik mereka Tulisan yang sukar dibaca dan tidak jelas akan menyebabkan ianya sukar ditafsir dan menyebabkan pembaca tidak berminat untuk meneruskan pembacaan. Justeru itu, kemahiran tulisan tangan di kalangan MBKMP merupakan satu isu yang perlu dititikberatkan kerana ianya boleh membantutkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Tujuan kajian: Untuk mengenalpasti persepsi guru-guru Program Pendidikan khas Integrasi (PPKI) tentang permasalahan kemahiran tulisan tangan dalam kalangan MBKMP. Prosedur kajian: Kajian keratan rentas, 55 guru program pendidikan khas integrasi di daerah .negeri Selangor. Guru perlu menjawab dua bahagian soalan yang merangkumi data sosial-demografi dan Persepsi Guru Terhadap Tulisan MBKMP. Hasil kajian: Purata peratus keseluruhan menunjukkan seramai 47.58% orang guru-guru bersetuju bahawa kemahiran tulisan tangan amat berkait rapat dengan perkembangan sensori kanak-kanak. Konklusi: Majoriti guru bersetuju bahawa perkembangan sensori sangat mempengaruhi kemahiran tulisan tangan dalam kalangan kanak-kanak Bermasalah Pembelajaran.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Rosilah Wahab, & Mohd Hanafi Mohd Yassin. (2024). PERSEPSI GURU-GURU PROGAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI DALAM PERMASALAH KEMAHIRAN TULISAN TANGAN DALAM KALANGAN MURID-MURID BERKEPERLUAN KHAS MASALAH PEMBELAJARAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(46). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3476