PROGRAM PEMENTORAN ISLAM RAKAN SEBAYA SEBAGAI MEDIUM PENDIDIKAN ADAB DI ERA SOCIETY 5.0

Authors

  • Noraini Ismail Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis, Malaysia
  • Mardzelah Makhsin Fakulti Pendidikan dan Bahasa Moden, Universiti Utara Malaysia, Malaysia
  • Afiffudin Mohammed Noor Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis, Malaysia
  • Ummi Syarah Ismail Akademi Pengajian Bahasa, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis, Malaysia
  • Wan Mohd Amjad Wan Halim Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis, Malaysia

Abstract

Era Society 5.0 telah meletakkan manusia sebagai peneraju perkembangan teknologi. Dalam konteks peradaban, gagasan ini memerlukan modal insan yang bukan sahaja cemerlang dalam akademik tetapi juga dalam adab dan keperibadian agar perkembangan teknologi yang di capai seimbang antara elemen ruhiyyah dan jasadiyahnya. Bagi memenuhi aspirasi ini, permasalahan akhlak dan adab remaja khususnya dalam kalangan mahasiswa perlu di beri perhatian serius. Diantara solusi yang boleh diambil adalah dengan dengan memantapkan dan memberi nafas baru kepada metod pendidikan adab di universiti agar seiring dengan keperluan dalam era Society 5.0. Kajian ini mengetengahkan program pementoran Islam rakan sebaya sebagai alternatif kepada medium pendidikan adab di mana rakan sebaya yang sering meninggalkan pengaruh dalam kehidupan remaja dapat berperanan sebagai mentor dalam memperkukuhkan akhlak dan adab khususnya dalam berdepan dengan dunia globalisasi dan modenisasi yang semakin mencabar. Kajian ini bersifat kualitatif dengan menggunakan kaedah penyelidikan kepustakaan, dokumentasi dan kajian literatur. Data yang diperolehi kemudiannya di analisis menjadi satu naratif dan deskripsi yang dapat difahami secara logik dan sistematik. Dapatan kajian menunjukkan bahawa program pementoran Islam rakan sebaya sangat berpotensi untuk diketengahkan sebagai medium pendidikan adab yang berkesan dalam pelbagai perubahan yang berlaku di era Society 5.0. Pemantauan dan bantuan seorang murabbi yang lebih sistematik dan juga integrasi elemen amanah dan adab seperti mana yang terdapat dalam Pendidikan 5.0 @ UiTM, merupakan nilai tambah yang sangat baik kepada program pementoran Islam rakan sebaya. Kandungan pendidikan adab yang bersifat holistik meliputi adab terhadap agama, adab terhadap manusia, adab terhadap diri sendiri dan adab terhadap alam adalah input yang di dapati sesuai dan perlu disusun dengan lebih sistematik sebagai panduan dalam pelaksanaan pementoran Islam rakan sebaya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Noraini Ismail, Mardzelah Makhsin, Afiffudin Mohammed Noor, Ummi Syarah Ismail, & Wan Mohd Amjad Wan Halim. (2024). PROGRAM PEMENTORAN ISLAM RAKAN SEBAYA SEBAGAI MEDIUM PENDIDIKAN ADAB DI ERA SOCIETY 5.0. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(46). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3477