KEBERKESANAN KURSUS PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM MEMUPUK KESEPADUAN KAUM: KAJIAN TERHADAP PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM)

Authors

  • Sakinatul Raadiyah Abdullah Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah, Kampus Sungai
  • Farahdina Fazial Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Kedah, Kampus Sungai
  • Surita Hartini Mat Hassan Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Pahang, Kampus Raub,
  • Salimah Yahaya Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu, Kampus D
  • Che Khadijah Hamid Akademi Pengajian Islam Kontemporari, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Terengganu, Kampus D

Abstract

Kursus teras universiti adalah kursus asas yang ditetapkan oleh universiti yang mana turut diperakui oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT). Kursus ini juga tertakluk sebagai satu kursus yang ditetapkan oleh senat universiti untuk memastikan bahawa pendidikan yang menyeluruh dapat diberikan kepada seseorang pelajar. Pelajar wajib mengambil dan wajib lulus kursus ini sekaligus akan melayakkan pelajar untuk bergraduat mengikut waktu yang telah ditetapkan. Di Universiti Teknologi Mara (UiTM), salah satu kursus teras universiti adalah kursus Penghayatan Etika dan Peradaban yang merupakankursus wajib yang termaktub di bawah kelolaan Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS) dan ditawarkan kepada pelajar pada peringkat diploma dan ijazah sarjana muda di setiap kampus cawangan seluruh Malaysia. Namun, menjadi persoalan adakah kursus ini berkesan dalam memupuk kesepaduan kaum dalam kalangan pelajar UiTM kerana secara maklum keseluruhan pelajar universiti ini terdiri daripada kalangan pelajar Bumiputera sahaja. Sejajar dengan itu, objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti tahap penerimaan pelajar terhadap kandungan kursus seterusnya akan menganalisis bagaimana keberkesanan kursus ini dalam membentuk kesepaduan kaum dalam kalangan pelajar UiTM ini. Alat-alat pengukuran yang digunakan dalam pengumpulan data merangkumi soal selidik yang diedarkan secara dalam talian menggunakan perisian google form kepada 455 orang pelajar UiTM di Malaysia secara rawak. Data-data yang diperolehi daripada sampel rawak ini kemudiannya dianalisis menggunakan analisis deskriptif melalui perisian kuantitatif untuk melihat kesinambungan keseluruhan analisis dapatan kajian. Keputusan yang diperolehi seterusnya akan memberi kesimpulan terhadap ciri-ciri populasi yang dikaji. Hasil kajian mendapati bahawa kursus teras universiti bersifat dinamik dan anjal, serta seiring dengan kehendak dan keperluan semasa sebagai usaha memenuhi komponen kenegaraan Malaysia sekaligus mempunyai peranan tersendiri dalam memupuk kesepaduan kaum khususnya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Sakinatul Raadiyah Abdullah, Farahdina Fazial, Surita Hartini Mat Hassan, Salimah Yahaya, & Che Khadijah Hamid. (2024). KEBERKESANAN KURSUS PENGHAYATAN ETIKA DAN PERADABAN DALAM MEMUPUK KESEPADUAN KAUM: KAJIAN TERHADAP PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UiTM). INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(46). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3478