PERLAKSANAAN MODEL A.D.A.B DALAM SUBJEK BERTERASKAN TEKNOLOGI
Abstract
Kertas kajian berbentuk konseptual ini ditulis bagi membincangkan perlaksanaan model A.D.A.B dalam subjek yang berteraskan teknologi dan teknikal seperti Sains Komputer, Kejuruteraan, Teknikal dan sebagainya. Model A.D.A.B adalah satu model rekabentuk pengajaran yang diperkenalkan untuk diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran di UiTM. Ianya adalah pelengkap kepada konsep Education 5.0@UiTM yang telah diguna pakai sebelum ini. Model ini juga disesuaikan dengan pelan tindakan ODL4.0 yang telah diperkenalkan bagi melaksanakan pengajaran dan pembelajaran semasa pandemik COVID-19. Objektif kajian ini adalah untuk menilai faktor-faktor yang mempengaruhi perlaksanaan model A.D.A.B dalam subjek yang berteraskan teknologi dan teknikal. Selain daripada itu, kajian ini juga bertujuan untuk membandingkan model A.D.A.B dengan model rekabentuk pengajaran yang sedia ada. Metodologi yang akan digunakan adalah berbentuk kajian kepustakaan dan kajian kes khususnya mengenai rekabentuk pengajaran bagi subjek berkaitan teknologi dan teknikal. Hasil penemuan kajian ini mendapati model A.D.A.B adalah lebih baik berbanding dengan model rekabentuk pengajaran yang lain khususnya dalam pengajaran subjek yang berasaskan teknologi dan teknikal. Di akhir kajian ini enam faktor yang mempengaruhi perlaksanaan model A.D.A.B telah diketengahkan. Enam faktor tersebut adalah hubungan antara pensyarah dan pelajar, motivasi pelajar, perancangan pengajaran pensyarah, kaedah pengajaran, kaedah penilaian dan refleksi. Keenam-enam faktor ini perlu diambil kira dalam perlaksanaan model ini dalam subjek yang berteraskan teknologi.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Zuriani Ahmad Zukarnain, Noorihan Abdul Rahman, Robizah Sudin, & Marhainis Jamaludin. (2024). PERLAKSANAAN MODEL A.D.A.B DALAM SUBJEK BERTERASKAN TEKNOLOGI. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(46). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3482
Issue
Section
Articles