KEFAHAMAN DAN PENERIMAAN PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT KOMUNIKSAI DALAM PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN MATEMATIK GURU SEKOLAH RENDAH

Authors

  • Mazarul Hasan Mohamad Hanapi Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Norazimah Zakaria Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Nurul Nadia Mokhtar Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Kama Shaffeei Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Mohd Ridhuan Mohd Jamil Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Abstract

Seiring dengan arus pemodenan masa kini, kajian mengenai pengintegrasian TMK dalam Pdpc kian dijalankan kerana ianya berpotensi baik dalam perkembangan sistem pendidikan di Malaysia. Walaupun begitu, didapati guru-guru menghadapi cabaran dalam menerapkan pengintegrasian TMK dalam Pdpc terutama Pendidikan Matematik. Justeru, kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap kefahaman guru-guru Pendidikan Matematik di sekolah rendah berkaitan pengintegrasian TMK serta tahap penerimaan mereka apabila ianya diintegrasikan dalam Pdpc. Kajian ini merupakan kajian tinjauan dan dijalankan secara kuantitatif terhadap 56 orang sampel kajian iaitu guru-guru Pendidikan Matematik sekolah rendah daerah Muallim dengan menggunakan instrumen soal selidik. Kajian rintis dilaksanakan bagi menentukan nilai kebolehpercayaan dan didapati nilai Alpha Cronbach adalah 0.92. Penganalisisan data dilakukan secara statistik deskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian SPSS 25.0. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap kefahaman dan penerimaan guru-guru adalah di tahap yang tinggi. Terdapat hubungan yang signifikan antara kedua-dua variabel setelah dianalisis menggunakan korelasi Pearson. Ujian T dilaksanakan bagi mengukur perbezaan tahap penerimaan berdasarkan jantina lelaki dan perempuan dan menunjukkan dapatan min: 36.48, sp: 6.672 bagi lelaki dan min: 34.81, sp: 6.640 bagi perempuan. Magnitud bagi perbezaan antara skor min (perbezaan min =1.81, 95% aras keyakinan =1.93 hingga 5.54) adalah sangat kecil menurut Cohen (1988) (eta kuasa dua = 0.01).

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Mazarul Hasan Mohamad Hanapi, Norazimah Zakaria, Nurul Nadia Mokhtar, Kama Shaffeei, & Mohd Ridhuan Mohd Jamil. (2024). KEFAHAMAN DAN PENERIMAAN PENGINTEGRASIAN TEKNOLOGI MAKLUMAT KOMUNIKSAI DALAM PENGAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN MATEMATIK GURU SEKOLAH RENDAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(46). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3487