PEMAHAMAN GURU TERHADAP PENDEKATAN HEUTAGOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN: KAJIAN KES DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH MENENGAH
Abstract
Dunia pendidikan berkait rapat dengan pembangunan sumber manusia untuk melahirkan sumber intelek seiring dengan pertumbuhan ekonomi global. Kualiti pengajaran guru perlu dipertingkatkan agar murid dapat menikmati pembelajaran yang lebih bermakna. Sehubungan dengan itu, pembelajaran kendiri seperti heutagogi perlu diketengahkan dalam pengajaran guru sebagai salah satu usaha untuk memperkasa keupayaan murid menghadapi era pendidikan abad ke-21. Keperluan PdPR dalam situasi endemik Covid 19 juga menggesa pendekatan heutagogi diamalkan di sekolah bagi meningkatkan autonomi murid dalam pembelajaran. Justeru itu, kajian ini dijalankan untuk meneroka pemahaman guru Pendidikan Islam sekolah menengah terhadap pendekatan heutagogi sebagai pembelajaran kendiri dalam pengajaran Pendidikan Islam. Pengenalan pendekatan heutagogi akan menambah baik proses pengajaran dan pembelajaran agar matlamat utama kemenjadian murid dapat dicapai dengan sebaik mungkin. Kajian ini merupakan kajian kes yang menggunakan pendekatan kualitatif melibatkan temu bual separa berstuktur dan analisis dokumen. Data temu bual ditranskripsi, dianalisis secara bertema dan ditriangulasikan dengan pemeriksaan dokumen. Dapatan kajian mengenai pemahaman guru terhadap pendekatan heutagogi membentuk lima tema iaitu sikap kendiri, pemusatan terhadap murid, guru sebagai pembimbing, penggunaan teknologi dan selari dengan tuntutan agama.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Noor Muslieah Mustafa Kamal, Zaharah Hussin, & Abdul Muhsien Sulaiman. (2024). PEMAHAMAN GURU TERHADAP PENDEKATAN HEUTAGOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN: KAJIAN KES DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH MENENGAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(46). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3491
Issue
Section
Articles