PENGARUH KOMPETENSI TERHADAP PRESTASI KERJA DALAM KALANGAN KETUA PANITIA MATA PELAJARAN DI NEGERI PAHANG

Authors

  • Nor Aini Mohd Noor Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim Perak Malays
  • Jamal @ Nordin Yunus Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim Perak Malays
  • Maziana Murad Fakulti Pengurusan dan Ekonomi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjung Malim Perak Malays

Abstract

Prestasi pekerja amat dititikberatkan oleh organisasi sekolah demi meningkatkan mutu perkhidmatan yang unggul dan berkesan. Kompetensi diberi keutamaan bagi setiap ketua untuk mencapai kejayaan dalam prestasi kerja mereka. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti pengaruh kompetensi terhadap prestasi kerja. Kaedah tinjauan digunakan dalam kajian ini dengan mengedarkan soal selidik. Seramai 278 orang ketua panitia dari 163 buah sekolah menengah kebangsaan yang terdapat di negeri Pahang telah terlibat sebagai responden kajian. Pemilihan sampel adalah secara pensampelan strata. Analisis data kajian adalah menggunakan perisian SPSS versi 23 dan SmartPLS 3.0. Analisis menggunakan PLS-SEM pula mendapati terdapat pengaruh yang signifikan antara kompetensi dengan prestasi kerja. Dapatan kajian ini memberi implikasi dari segi praktikal kepada KPM untuk menilai kompetensi dan kebolehan dengan memasukkan faktor yang menyumbang kepada peningkatan prestasi kerja ketua panitia. Kesimpulannya, didapati ketua panitia sekolah menengah kebangsaan di Pahang memiliki kompetensi kerja yang tinggi dan mampu mempersembahkan ciri-ciri yang diperlukan dalam konteks pekerjaan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Nor Aini Mohd Noor, Jamal @ Nordin Yunus, & Maziana Murad. (2024). PENGARUH KOMPETENSI TERHADAP PRESTASI KERJA DALAM KALANGAN KETUA PANITIA MATA PELAJARAN DI NEGERI PAHANG. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(47). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3523