PERSEPSI GURU TERHADAP HUBUNGAN ETNIK RENTAS AGAMA DAN BUDAYA DALAM KALANGAN PELAJAR

Authors

  • Habibah @ Artini Ramlie Fakulti Pengajian Islam, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Jamsari Hashim Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Saifulazry Mokhtar Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Mohd Sohaimi Esa Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

Abstract

Masyarakat di negeri Sabah terkenal dengan sikap keterbukaan dan toleransi yang tinggi. Hubungan etnik rentas agama dan budaya berjalan dalam suasana harmoni tanpa sebarang isu yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat termasuklah dalam institusi persekolahan. Objektif kajian ini adalah untuk membuktikan kenyataan tersebut dengan meninjau persepsi guru terhadap hubungan etnik rentas agama dan budaya dalam kalangan pelajar dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Responden kajian adalah seramai 77 orang guru dari beberapa buah sekolah menengah di daerah Kota Kinabalu. Hasil analisis soalselidik menunjukkan hubungan etnik rentas agama dan budaya dalam kalangan pelajar dari kaca mata para guru sememangnya baik dan memberangsangkan. Dalam aspek hubungan tersebut, para pelajar saling menghormati antara satu sama lain, sedia bekerjasama dalam sebarang program sekolah dengan rasa gembira, tidak kelihatan kekok meminta pertolongan dari rakan-rakan walaupun berlainan agama dan budaya, selesa bergaul dan membincangkan hal-hal akademik bersama-sama dan sentiasa berusaha untuk mempelajari sesuatu yang baru dari rakan-rakan mereka yang berlainan agama dan budaya. Hal ini merupakan asas penting kepada keharmonian masyarakat berbilang kaum di Sabah yang perlu sentiasa dititikberatkan demi menjamin keharmonian berterusan masyarakat di Sabah khususnya dan Malaysia amnya.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Habibah @ Artini Ramlie, Jamsari Hashim, Saifulazry Mokhtar, & Mohd Sohaimi Esa. (2024). PERSEPSI GURU TERHADAP HUBUNGAN ETNIK RENTAS AGAMA DAN BUDAYA DALAM KALANGAN PELAJAR . INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(47). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3529