TAHAP PROFESIONALISME GURU SEKOLAH RENDAH AGAMA JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN TERHADAP AMALAN PERLAKSANAAN PENGAJARAN

Authors

  • Norhisham Muhamad Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Perak, Malay
  • Nur Haiza Izhar SMK Padang Tembak, Jalan Sultan Yahya Petra, Kuala Lumpur
  • Muhammad Zulazizi Mohd Nawi
  • Abu Zarrin Selamat Jabatan Pengajian Moral, Sivik dan Pembangunan Karekter, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendi

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meninjau tahap profesionalisme guru sekolah rendah agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) terhadap amalan pelaksanaan pengajaran. Kajian ini melibatkan 274 orang guru Sekolah Rendah Agama (SRA) JAWI di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Data kuantitatif yang menggunakan instrumen soal kaji selidik dianalisis secara deskriptif menggunakan Statistical Package for the Social Sciences (SPSS) versi 22 bagi mendapatkan kekerapan (frekuensi), peratusan, min, interpretasi dan sisihan piawai. Hasil kajian bagi tahap profesionalisme guru sekolah rendah agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) terhadap amalan pelaksanaan pengajaran mencatatkan aras tinggi (M=4.20, S.P=0.26). Sememangnya tahap profesionalisme guru SRA-JAWI terhadap amalan pelaksanaan pengajaran adalah positif tetapi mempunyai kelemahan dari aspek pengaplikasian perisian komputer dalam pengajaran. Justeru, semasa menjalankan proses pengajaran, seseorang guru mesti mengambil kira mengenai kekangan yang dihadapi semasa menggunakan ICT dalam sesi pengajaran untuk diaplikasikan dan kebersediaan guru untuk melakukan pengajaran berasaskan ICT agar menjadi lebih efektif. Kesimpulannya, kajian menunjukkan tahap profesionalisme guru SRA-JAWI terhadap amalan pelaksanaan pengajaran adalah sangat baik.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Norhisham Muhamad, Nur Haiza Izhar, Muhammad Zulazizi Mohd Nawi, & Abu Zarrin Selamat. (2024). TAHAP PROFESIONALISME GURU SEKOLAH RENDAH AGAMA JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN TERHADAP AMALAN PERLAKSANAAN PENGAJARAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(47). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3530