KEBERKESANAN PEMBELAJARAN BERKHIDMAT DALAM MENINGKATKAN DIMENSI MORAL PELAJAR DI PERINGKAT KOLEJ
Abstract
Kajian penyelidikan ini adalah bertujuan untuk mengkaji keberkesanan pembelajaran berkhidmat bertujuan meningkatkan dimensi moral pelajar di peringkat kolej. Objektif kajian adalah mengenalpasti keberkesanan program Pembelajaran Berkhidmat dalam mengembangkan penaakulan dan amalan moral serta meningkatkan dimensi moral pelajar. Reka bentuk kajian kes dengan pendekatan kualitatif telah digunakan dalam kajian dengan melibatkan 6 orang pelajar kolej sebagai sampel kajian. Instrumen kajian yang digunakan adalah temubual kumpulan berfokus, penulisan jurnal serta nota refleksi. Manakala data kutipan kajian telah menggunakan teknik analisis tema dan hasil kajian dianalisis menggunakan kaedah analisis deskriptif. Dapatan kajian menunjukkan bahawa pembelajaran berkhidmat dapat meningkatkan dimensi moral pelajar di peringkat kolej. Pelbagai unsur dimensi moral telah dikesan oleh penyelidik yang merangkumi penaakulan moral, emosi moral dan juga amalan moral. Berdasarkan dapatan kajian, pembelajaran berkhidmat mampu meningkatkan kesemua aspek dimensi moral murid. Selain itu pembelajaran berkhidmat ini juga dapat memberi banyak kebaikan disamping dapat mendidik pelajar dengan pelbagai kemahiran seperti kemahiran menguruskan program.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Farah Liyana Nabihah Mohd Noor, & Sakinah Salleh. (2024). KEBERKESANAN PEMBELAJARAN BERKHIDMAT DALAM MENINGKATKAN DIMENSI MORAL PELAJAR DI PERINGKAT KOLEJ. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(47). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3531
Issue
Section
Articles