KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL MELALUI APLIKASI WHATSAPP: KAJIAN KES DI SMK RAJA MUDA MUSA
Abstract
Kajian ini bertujuan mengenalpasti keberkesanan pengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran Pendidikan Moral melalui aplikasi Whatsapp sebagai satu pendekatan pembelajaran berasaskan teknologi pendidikan. Objektif utama kajian ini adalah mengenal pasti keberkesanan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral melalui aplikasi Whatsapp sebagai pendekatan utama dalam penyampaian maklumat, mengenal pasti kesediaan guru melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dan menjelaskan faktor-faktor mempengaruhi guru memilih aplikasi Whatsapp dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral. Kajian secara kualitatif ini dijalankan di SMK Raja Muda Musa, Selangor melalui melalui kaedah temubual secara atas talian bersama empat orang guru Pendidikan Moral. Tematik analisis digunakan bagi mendapatkan tema. Dapatan kajian ini mendapati bahawa penggunaan aplikasi Whatsapp dalam proses pengajaran dan pembelajaran guru Pendidikan Moral menunjukkan penggunaan aplikasi Whatsapp kurang membantu guru Pendidikan Moral mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran namun guru menunjukkan kesediaan menggunakan aplikasi Whatsapp dalam pengajaran secara atas talian. Faktor pemilihan aplikasi Whatsapp adalah bagi membantu masalah jaringan interent dan faktor sosio-ekonomi pelajar. Implikasi daripada kajian ini memberi pendedahan kepada para guru mengenai kemampuan teknologi pendidikan menerusi aplikasi Whatsapp sebagai alternatif penyampaian maklumat berkos rendah bagi menangani masalah capaian internet pelajar yang lemah dan hak pendidikan sama rata.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Nur Farah Hani Abd Rahim, & Sakinah Salleh. (2024). KEBERKESANAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN MORAL MELALUI APLIKASI WHATSAPP: KAJIAN KES DI SMK RAJA MUDA MUSA. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(47). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3532
Issue
Section
Articles