PELAKSANAAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF DIGITAL DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM (GPI) DI SEKOLAH KEBANGSAAN

Authors

  • Suhaida Mohd Sukis Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Norhisham Muhamad Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
  • Abd Hadi Borham Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Abstract

Pentaksiran Berasaskan Sekolah merupakan salah satu transformasi dalam sistem pendidikan. Perubahan dalam bidang pendidikan turut melibatkan kepelbagaian kaedah pentaksiran termasuklah penggunaan teknologi digital. Artikel ini akan membincangkan pelaksanaan pentaksiran alternatif digital di sekolah kebangsaan. Penggunaan teknologi digital dalam pendidikan disarankan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi memastikan pendidikan negara bergerak seiring dengan pemodenan. Pendidikan Abad ke-21 telah diperkenalkan bagi memastikan mutu sistem pendidikan dapat dipertingkatkan. Seiring dengan revolusi industri 4.0, Kerajaan sedang dalam rangka pelaksanaan Dasar Pendidikan Digital Negara sebagai langkah ke hadapan untuk menyediakan generasi fasih digital. Sehubungan itu, amalan pentaksiran digital yang dilaksanakan oleh guru diharap dapat memberikan maklumat yang tepat dan menunjukkan keadaan sebenar tentang tahap pembelajaran murid. Artikel ini merupakan kertas konsep yang membincangkan isu-isu berkaitan pengetahuan, amalan dan sikap Guru Pendidikan Islam dalam melaksanakan pentaksiran alternatif digital di sekolah kebangsaan. Perkara yang dibincangkan adalah selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 iaitu Kementerian Pendidikan Malaysia akan menumpukan peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan kualiti guru dan kepimpinan sekolah. Artikel ini juga turut mengemukakan beberapa cadangan bagi penambahbaikan kualiti dalam pelaksanaan pentaksiran alternatif digital sekolah kebangsaan.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Suhaida Mohd Sukis, Norhisham Muhamad, & Abd Hadi Borham. (2024). PELAKSANAAN PENTAKSIRAN ALTERNATIF DIGITAL DALAM KALANGAN GURU PENDIDIKAN ISLAM (GPI) DI SEKOLAH KEBANGSAAN. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(47). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3535