PEMBINAAN SAHSIAH MURID MELALUI KOMUNIKASI BERKESAN DALAM E-PEMBELAJARAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM

Authors

  • Tengku Sarina Aini Tengku Kasim Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Malaysia
  • Nur Eliza Mohd Noor Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Malaysia

Abstract

Seiring dengan perkembangan teknologi dalam pembelajaran abad ke 21 dan situasi pandemik Covid 19 yang melanda seluruh negara, e-pembelajaran menjadi pilihan sebagai medium pengajaran dan pembelajaran yang menjadi penghubung kepada guru dan murid untuk berkomunikasi tentang pelajaran. Komunikasi dalam e-pembelajaran boleh berlaku secara segerak (synchronous) ataupun tidak segerak (asynchronous). Kedua-dua proses komunikasi ini sekiranya diaplikasikan dengan efektif, mampu memaksimumkan interaksi yang bermakna antara guru dan murid. Namun, dapatan kajian lepas menunjukkan terdapat kekangan dalam aspek komunikasi antara guru dan murid semasa pelaksanaan e-pembelajaran. Situasi ini menyukarkan tugas guru untuk membimbing dan membuat penilaian ke atas murid sama ada dari segi kefahaman, maklum balas dan juga sahsiah. Oleh itu, kajian ini yang menggunakan kaedah kepustakaan dan berbentuk konseptual diharapkan dapat memberi kefahaman kepada guru mengenai usaha-usaha yang perlu ditingkatkan dalam berkomunikasi dengan murid agar interaksi dapat berlaku secara maksimum. Kelemahan dalam menguruskan komunikasi antara guru dan murid dalam aktiviti e-pembelajaran berkemungkinan menyebabkan kegagalan dalam mencapai matlamat pembelajaran, seterusnya memberi kesan kepada perkembangan sahsiah pelajar.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Tengku Sarina Aini Tengku Kasim, & Nur Eliza Mohd Noor. (2024). PEMBINAAN SAHSIAH MURID MELALUI KOMUNIKASI BERKESAN DALAM E-PEMBELAJARAN MENURUT PERSPEKTIF ISLAM. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(47). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3549