PENGESAHAN PAKAR BAGI KONSTRUK AS-SYAJA'AH DALAM INSTRUMEN KEMENJADIAN MURID SEKOLAH MENENGAH
Abstract
Dewasa ini terlalu banyak persoalan yang timbul berkaitan penilaian kemenjadian pelajar. Penilaian pendidikan di negara hari ini lebih menumpukan kepada pencapaian akademik pelajar dengan mengabaikan perkembangan lain. Oleh itu kajian ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan pakar dan persepakatan mengenai indikator kemenjadian pelajar berdasarkan teori Ibn Miskawayh dalam misi membentuk pelajar mengikut acuan Islam khususnya dalam aspek As-Syaja’ah. Dalam kajian ini kaedah Fuzzy Delphi dengan skala 7 Likert digunakan untuk mengumpulkan maklum balas 15 orang pakar dalam pelbagai bidang pendidikan di universiti awam dan sektor kerajaan. Sebanyak 20 item soal selidik telah diberikan kepada pakar untuk dinilai. Kaedah Fuzzy Delphi digunakan untuk analisis data. Data dianalisis menggunakan penomboran dan kedudukan pangkat setiap pembolehubah ditentukan menggunakan proses defuzzication. Hasil kajian menunjukkan bahawa, maklum balas dan persepakatan pakar mengenai pembentukan kemenjadian murid dari aspek As-Syaja’ah berada pada tahap yang baik. Dapatan keseluruhan kesepakatan persetujuan pakar melebihi 75%, nilai keseluruhan threshold (d) kurang daripada 0.2 dan α-cut melebihi 0.5. Faktor keutamaan disusun mengikut pemeringkatan dan diperhalusi dengan menambah dan menggugurkan item seperti yang disyorkan oleh pakar.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Mohamad Khairi Haji Othman, Mohd Faiz Mohd Yaakob, Normah Zakaria, & Shuhairimi Abdullah. (2024). PENGESAHAN PAKAR BAGI KONSTRUK AS-SYAJA’AH DALAM INSTRUMEN KEMENJADIAN MURID SEKOLAH MENENGAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 7(47). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3553
Issue
Section
Articles