PENGARUH KEPUASAN KERJA DAN MOTIVASI GURU MATEMATIK TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DIGITAL MATEMATIK DI SEKOLAH RENDAH

Authors

  • Ellysuzyla Jerry Kolin Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Siew Nyet Moi Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

Abstract

Penggunaan bahan bantu mengajar digital dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) dalam talian subjek Matematik merupakan perkara yang sinonim semasa era pandemik Covid-19. Namun begitu, PdP dalam talian bukanlah perkara yang mudah bagi guru Matematik. Kepuasan terhadap pekerjaan dan motivasi guru harus diambil kira berikutan era pandemik ini. Justeru, kajian tinjauan dijalankan untuk mengkaji pengaruh kepuasan kerja dan motivasi guru Matematik terhadap penggunaan bahan bantu mengajar digital Matematik di sekolah rendah di Pantai Barat Utara, Sabah. Seramai 242 orang guru Matematik sekolah rendah dipilih menggunakan persampelan rawak mudah. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan menggunakan reka bentuk kajian tinjauan. Data dikutip dengan menggunakan tiga borang soal selidik yang masing-masing mengukur tahap kepuasan kerja, motivasi dan penggunaan bahan bantu mengajar digital matematik dalam kalangan guru. Dapatan kajian mendapati bahawa tahap kepuasan kerja, motivasi dan penggunaan bahan bantu mengajar digital Matematik berada pada tahap yang tinggi (Min > 3.90). Manakala, kepuasan kerja dan motivasi didapati mempunyai hubungan (rKP = .638, p < .05; rm = .541, p < .05) serta pengaruh (BetaKP = .492, tKP = 9.304, p < .05; Betam = .309, tm= 5.838, p < .05) yang positif dan signifikan terhadap penggunaan bahan bantu mengajar digital Matematik. Kajian ini boleh dijadikan panduan dan ukuran kepada pihak bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan usaha bagi meningkatkan tahap pencapaian Matematik murid di sekolah rendah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Ellysuzyla Jerry Kolin, & Siew Nyet Moi. (2024). PENGARUH KEPUASAN KERJA DAN MOTIVASI GURU MATEMATIK TERHADAP PENGGUNAAN BAHAN BANTU MENGAJAR DIGITAL MATEMATIK DI SEKOLAH RENDAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 8(49). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3606