PENDEKATAN GURU MUDA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DI SEKOLAH MENENGAH: SATU KAJIAN KES
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneroka pendekatan Guru Muda dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik, keupayaan Guru Muda dalam membantu pelajar lemah dalam subjek Matematik dan motivasi pelajar untuk mengikuti pengajaran dan pembelajaran Matematik melalui pelaksanaan Guru Muda. Informan kajian melibatkan lapan orang informan yang terdiri daripada i) dua orang guru Matematik, dan ii) enam orang pelajar Tingkatan 5 yang terdiri daripada tiga orang Guru Muda dan tiga orang mentee. Kajian ini menggunakan instrumen pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen. Analisis kajian menggunakan kaedah kualitatif dan kajian ini berbentuk kajian kes. Dapatan kajian telah membuktikan bahawa dengan adanya pelaksanaan pendekatan Guru Muda dalam pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik, kredibiliti dan kepimpinan Guru Muda dapat diasah melalui bimbingan terhadap mentee dengan menggunakan pembelajaran koperatif. Selain itu, motivasi dalaman dan luaran pelajar Guru Muda dan mentee turut mempengaruhi pengajaran dan pembelajaran subjek Matematik. Kesimpulannya, pelaksanaan pendekatan Guru Muda dapat memberikan impak yang positif terhadap pelajar, guru dan sekolah.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Marcella Modius, Siew Nyet Moi, & Mad Noor Madjapuni. (2024). PENDEKATAN GURU MUDA DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MATEMATIK DI SEKOLAH MENENGAH: SATU KAJIAN KES. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 8(49). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3607
Issue
Section
Articles