AMALAN PENGAJARAN MEDIA INTERAKTIF DALAM KALANGAN GURU BAHASA MELAYU DI SEKOLAH MENENGAH
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk meneroka amalan pengajaran media interaktif dalam kalangan guru Bahasa Melayu di sekolah menengah dan meneroka cabaran guru Bahasa Melayu dalam menggunakan pengajaran media interaktif bersama pelajar dalam kelas. Kajian ini menggunakan reka bentuk kajian kualitatif yang memerlukan data serta maklumat melalui kaedah temu bual separa berstruktur. Seramai tiga orang guru Bahasa Melayu yang pernah menggunakan media interaktif di salah sebuah sekolah menengah di kawasan Kota Samarahan yang telah dipilih sebagai peserta kajian melalui kaedah pensampelan bertujuan. Hasil dapatan kajian menunjukkan tujuh amalan yang diterapkan dalam pengajaran interaktif iaitu (i) perasaan, (ii) persediaan mengajar, (iii) dorongan, (iv) kualiti pengajaran, (v) penerimaan pelajar, (vi) menjimatkan masa dan (vii) penilaian. Selain itu, terdapat beberapa cabaran yang wujud dalam penggunaan pengajaran media interaktif tidak berfokuskan kepada kemampuan pelajar, bahkan turut dipengaruhi oleh kecanggihan aplikasi yang digunakan dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Kesemua cabaran ini boleh memberikan kesan negatif jika tidak ditangani. Implikasi kajian ini akan memberikan peluang kepada guru Bahasa Melayu mencambah idea dalam menangani isu seterusnya menjadikan media interaktif sebagai amalan pengajaran.Downloads
Download data is not yet available.
Downloads
Published
2024-09-24
How to Cite
Nurul Aisyah Kamrozzaman, Rabiha Maya Adiera Ab Rahim, & Yannisya Adziqah Apendi. (2024). AMALAN PENGAJARAN MEDIA INTERAKTIF DALAM KALANGAN GURU BAHASA MELAYU DI SEKOLAH MENENGAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 8(49). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3616
Issue
Section
Articles