MOTIVASI DAN PEMBENTUKAN KARAKTER MELALUI TEKNIK DRAMA MENGGUNAKAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN SASTERA DI SEKOLAH MENENGAH

Authors

  • Suzeety Sabinus Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia
  • Siew Nyet Moi Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, MalaysiaFakulti Psikologi dan Pendidika
  • Habibie Ibrahim Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah, Malaysia

Abstract

Kajian kualitatif ini dilaksanakan untuk meneroka pendekatan pembelajaran konstruktivisme, motivasi dan pembentukan karakter pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) dalam Bahasa Melayu menggunakan teknik drama. Kajian ini dijalankan di sebuah sekolah menengah di Tambunan, Sabah dan melibatkan enam orang informan yang terdiri daripada pelajar tingkatan dua yang mengikuti pengajaran dan pembelajaran KOMSAS menggunakan teknik drama. Kaedah pengumpulan data yang digunakan adalah temu bual, pemerhatian berstruktur dan analisis dokumen. Dapatan kajian mendapati bahawa penggunaan teknik drama yang melibatkan lima pendekatan pembelajaran konstruktivisme memberikan impak yang positif terhadap motivasi dan pembentukan karakter pelajar. Pelajar didapati memperolehi motivasi instrinsik dan motivasi ekstrinsik dalam mengikuti teknik drama ini. Nilai etika pula didapati sebagai aspek terbentuk dalam karakter pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa teknik drama menggunakan pendekatan pembelajaran konstruktivisme memberikan impak yang positif terhadap motivasi dan pembentukan karakter pelajar dalam pengajaran dan pembelajaran KOMSAS.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2024-09-24

How to Cite

Suzeety Sabinus, Siew Nyet Moi, & Habibie Ibrahim. (2024). MOTIVASI DAN PEMBENTUKAN KARAKTER MELALUI TEKNIK DRAMA MENGGUNAKAN PENDEKATAN PEMBELAJARAN KONSTRUKTIVISME DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN KOMPONEN SASTERA DI SEKOLAH MENENGAH. INTERNATIONAL JOURNAL OF EDUCATION, PSYCHOLOGY AND COUNSELLING (IJEPC), 8(50). Retrieved from https://gaexcellence.com/ijepc/article/view/3621